HOD ada budi bicara luluskan permintaan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN


  • Massa
  • Isnin, 13 Okt 2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur, dijangka menjadi antara terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu.

KETUA jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan bekerja dari rumah (BDR) atau work-from-home (WFH) bagi penjawat awam yang tinggal dalam radius 25 kilometer (km) dari pejabat, yang terkesan dengan kesesakan lalu lintas bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hujung bulan ini.

"Penjawat awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.

"Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan yang berkuat kuasa," kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan pada Isnin (13 Oktober).

BACA LAGI: Empat suspek kes rogol pelajar di Melaka dibuang sekolah serta-merta

BACA LAGI: [VIDEO] Dua motor baharu lesap pagi buta, penghuni flat syak suspek upah budak 'cover line' di Kepong

JPA berkata, langkah tersebut selaras inisiatif Kerajaan MADANI dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, serta selari nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur, dijangka menjadi antara terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu.

Menurut JPA, dasar BDR bagi kakitangan awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.

"Dasar ini yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2.

Ia bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja–kehidupan (work-life balance)," katanya.  — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram