Bantuan STR 2026 mula dibuka, panduan kemas kini akaun dan buat permohonan baharu


  • Bisnes
  • Isnin, 13 Okt 2025

Pengguna yang melayari laman web STR boleh membuat kemas kini atau permohonan baharu bagi permohonan STR 2026.

KEMAS kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan permohonan baharu bagi tahun 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025. 

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemas kini sekiranya tiada perubahan maklumat berbanding sebelum ini.

Sebagai rekod, STR merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.

BACA LAGI: Belum hujung bulan BUDI95 dah habis, 300 liter tak cukup nak balik kampung sempena cuti umum

BACA LAGI: Bantuan RM500 buat penjawat awam dan pesara kerajaan, veteran dapat RM250

Di sini, penerima STR sedia ada diingatkan agar tidak perlu membuat pendaftaran baharu STR, sebaliknya hanya perlu kemas kini MySTR masing-masing.

Klik butang ‘Semak’ untuk teruskan log masuk ke halaman dashboard. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.  Selepas itu, klik menu ‘Kemas Kini Permohonan’ setelah berjaya log masuk MySTR.

Langkah berkenaan bertujuan memudahkan akses semakan dan kemas kini data dalam sistem.

Pengguna turut dinasihatkan agar pengguna tidak menekan pilihan 'Daftar Pengguna Baharu' di portal kerana sistem akan memaklumkan bahawa akaun STR telah wujud, sekali gus menyebabkan proses pendaftaran tidak dapat diteruskan.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta

- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang/ tiadapasangan/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

- Tidak mengemas kini permohonan tiga tahun berturut-turut.

- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.

- Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemas kini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.

- Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemas kini maklumat setelah tarikh kemas kini dibuka.

Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemas kini permohonan.

Bagi individu yang sudah mempunyai akaun MySTR sebelum ini, proses pembaharuan boleh dilakukan dengan mudah menerusi langkah berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan (IC);

  2. Isikan alamat e-mel;

  3. Sahkan akaun melalui pautan yang dihantar ke e-mel berdaftar;

  4. Tetapkan kata laluan baharu dan soalan keselamatan sebelum log masuk semula.

Selepas log masuk, semua maklumat sedia ada akan dipaparkan di papan pemuka (dashboard) pengguna.

Sementara itu, bagi mereka yang belum pernah membuat permohonan STR atau permohonan terdahulu ditolak, pengguna perlu mengemukakan permohonan baharu melalui portal rasmi STR.

Tempoh permohonan baharu dan perubahan permohonan adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.

Untuk maklumat terkini mengenai STR, layari www.bantuantunai.hasil.gov.my — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram