Belanjawan 2026: Ada 'buah tangan' buat pekerja swasta, gig dan pembayar cukai


  • Bisnes
  • Sabtu, 11 Okt 2025

Pekerja swasta turut menerima manfaat daripada pembentangan Belanjawan 2026.

PEMBENTANGAN Belanjawan MADANI 2026 bukan sahaja menggembirakan penjawat awam, malah pekerja di sektor swasta juga menerima perkhabaran gembira.

Manakan tidak, Belanjawan MADANI ke-4 yang juga menandakan lembaran pertama RMK13 itu memberi tumpuan kepada memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta memperluas manfaat kepada pekerja sektor swasta, pekerja gig dan individu yang bekerja sendiri.

Antara inisiatif utama yang diumumkan ialah pemberian insentif caruman padanan sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup kepada pekerja gig, e-hailing dan p-hailing di bawah Skim i-Saraan Plus.

BACA LAGI: Bantuan RM500 buat penjawat awam dan pesara kerajaan, veteran dapat RM250

BACA LAGI: Pelepasan cukai sehingga RM1,000 sokong pelancongan domestik, Langkawi jadi destinasi 'geotourism'

Selayang Municipal Council has built a food delivery rider's pit stop at Jalan 2/16 Dataran Templer. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Insentif caruman padanan diberikan kepada pekerja gig, e-hailing dan p-hailing di bawah Skim i-Saraan Plus. — Gambar hiasan/ The Star

Kerajaan turut mengekalkan Skim i-Saraan bagi pekerja informal dan bekerja sendiri dengan caruman padanan sehingga RM500 setahun atau RM5,000 seumur hidup.

Selaras dengan pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025, caruman PERKESO kini diwajibkan bagi pekerja gig.

Kerajaan bersetuju menanggung 70 peratus caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi pekerja sektor yang belum dimandatorikan dan pertama kali mendaftar, manakala insentif 50 peratus disediakan untuk tahun kedua.

Pekerja gig dan bekerja sendiri juga berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Bagi memudahkan pemilikan rumah pertama itu, SKJP turut dipertingkat dengan jaminan sehingga RM20 bilion, berbanding RM10 bilion sebelum ini.

The proposal of EPF savings for future civil servants has drawn attention to workers' welfare.

Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadah haji dinaikkan kepada RM10,000. — Gambar hiasan

Selain itu, pencari kerja dan graduan baharu yang perlu berpindah lokasi selepas menerima tawaran kerja akan menerima insentif tunai sehingga RM1,000 daripada PERKESO.

Dari segi pembangunan kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memperuntukkan RM34 juta bagi Program Akademi Dalam Industri, bertujuan melatih tenaga tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

GiatMARA turut menyediakan latihan kepada lebih 13,000 peserta daripada golongan tumpuan, termasuk pekerja gig.

Dalam pada itu, kerajaan bersetuju menaikkan had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadah haji kepada RM10,000, berbanding RM3,000 sebelum ini.

Dalam hal ini, penjawat awam juga menikmati kemudahan pengeluaran awal GCR yang turut diperluas bagi tujuan haji dengan had penebusan RM10,000, melibatkan peruntukan RM10 juta.

Pencarum KWSP juga kini boleh menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk melanggan pelan asas insurans atau takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Golongan pekerja akan menikmati pelepasan cukai pendapatan tambahan di bawah Belanjawan 2026.

Di samping itu, pelepasan cukai turut diberikan untuk beberapa perkara antara pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

Kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak yang berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar bagi anak yang berumur sehingga 12 tahun berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.

Pada masa sama, kerajaan bercadang pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun ke bawah dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM6,000.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 yang diberikan ke atas bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful nyawa untuk diri dan pasangan, diperluas bagi meliputi anak. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram