
KERAJAAN bersetuju menaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus mulai 1 Januari 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika pembentangan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
"Kali terakhir gaji hakim dinaikkan pada 2015 dan mereka tidak menerima kenaikan gaji tahunan sepertimana skim lain.
BACA LAGI: Belanjawan Madani dijangka bawa khabar gembira buat penjawat awam, rakyat — KSN
"Mereka juga tidak diizinkan untuk memegang jawatan dan perniagaan.
"Atas kesedaran kita, juga sistem badan kehakiman yang pernah dianggap tercalar, tapi berbangga badan kehakiman sekarang ke arah lebih wibawa, lebih integriti dan bebas," katanya.
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa, semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram