Bantuan RM500 buat penjawat awam dan pesara kerajaan, veteran dapat RM250


  • Bisnes
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Bantuan RM500 disalurkan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak,

KERAJAAN mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

BACA LAGI: Belanjawan Madani dijangka bawa khabar gembira buat penjawat awam, rakyat — KSN

BACA LAGI: INTERAKTIF: Dari biru cerulean hingga pink, ini warna baju Melayu pilihan pembentang belanjawan sejak 1998

Menurut Anwar, pemberian itu dibuat dengan mengambil kira peningkatan gaji 2026 yang melibatkan penambahan RM18 bilion, disusuli pemberian STR dan SARA bulanan. 

Pada masa sama, kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram