Harga rokok naik 2 sen sebatang, cukai minuman keras naik 10 peratus


  • Massa
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Usaha tersebut dibuat dalam menggalakkan gaya hidup sihat dalam negara.

BAGI memperkasakan Agenda Nasional Malaysia Sihat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar cukai ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa 1 November depan.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, cukai ke atas rokok naik 2 sen bagi setiap batang dan cukai cigars atau cheroots dinaikkan kepada RM40 bagi setiap kilogram.

"Pada masa yang sama, Kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk 'nicotine mist' dan 'nicotine lozenges' sehingga 31 Disember 2027.

BACA LAGI: Belanjawan MADANI 2026: Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion, terap ilmu digital AI

BACA LAGI: Belanjawan MADANI 2026: Subsidi bersasar, rakyat masih nikmati RON95 RM1.99 seliter

"Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, kerajaan bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November," kata beliau.

Anwar turut menegaskan bahawa hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), antaranya untuk Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung.

"Mencegah lebih baik daripada mengubati. Dicadangkan, perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu turut diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram