Kerajaan sedia dana RM300 juta baiki lif rosak PPR, infrastruktur DBKL


  • Massa
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Anwar mahu kerja-kerja membaiki lif milik PPR kelolaan DBKL akan dibaiki dalam kadar segera.

KERAJAAN mengumumkan peruntukan dana buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menambah baik pelbagai jenis kemudahan seperti penjaja, perumahan rakyat dan usaha pembangunan semula pusat penjaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan Madani 2026 menegaskan peruntukan itu dibuat bagi memperbaiki dan menyelenggara bangunan.

"DBKL secara proaktif sedia memanfaat dana dalaman RM500 juta bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat. RM200 juta untuk membangun semula pusat penjaja, pasar serta medan selera yang usang.

BACA LAGI: [VIDEO] Bumbung PPR Seri Cempaka tercabut akibat angin kuat di Pantai Dalam

BACA LAGI: [VIDEO] Lantik AJK setiap bangsa terjemah maklumat, penduduk PPR Laksamana serlah kejiranan harmoni

Anwar sudah mengarahkan DBKL agar membaik pulih lif rosak di Pantai Dalam.

"Saya sempat turun ke Pantai Dalam baru-baru ini meninjau keadaan perumahan rakyat yang sering mengalami masalah lif. Saya juga sudah mengarahkan DBKL untuk segera memulakan kerja-kerja membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir tahun ini," katanya.

Beliau turut mengumumkan RM60 juta disediakan kepada semua pihak berkuasa tempatan bagi membina gerai dan membaiki pasar awam.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula akan menaik taraf 363 premis perniagaannya di seluruh negara demi manfaat 7,300 usahawan dengan peruntukan hampir RM50 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram