[VIDEO] Pertikai tugas polis, satu demi satu kesalahan trafik pemandu disaman di Semporna terbongkar


  • Tular
  • Khamis, 09 Okt 2025

Polis tersebut menahan kenderaan tersebut kerana tidak memberi isyarat ketika membelok.

SEORANG anggota polis trafik kekal tenang dalam tugasnya meskipun tindakan memberhentikan kereta melakukan kesalahan dipersoalkan pemandu terbabit dalam sebuah kejadian di Semporna, Sabah.

Dalam sebuah video dikongsikan cu09667 di laman TikTok, anggota terbabit pada awalnya menahan Toyota Unser berwarna hitam kerana membelok tanpa memberi isyarat sehingga hampir menyebabkan polis trafik dilanggar.

Ketika teguran dibuat, pemandu terbabit didapati tidak memakai tali pinggang keledar yang merupakan satu lagi kesalahan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA LAGI: [VIDEO] Bengang kena marah tak bagi signal, pemandu berkali-kali langgar penunggang motor di Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Bagi signal saat akhir, tong gas melambung terkena kereta polis di Bukit Mertajam

Polis trafik itu kemudiannya meminta kereta tersebut diparkir di bahu jalan untuk tujuan memberikan saman atas kesalahan dilakukan pemandu berkenaan.

Insiden menjadi semakin rumit selepas pemandu berkenaan mempersoalkan tugasan anggota tersebut sehingga menyaksikan pertikaman lidah terjadi antara kedua-dua pihak.

Pemandu berkenaan juga kelihatan seolah-olah mahu membuat aduan terhadap polis trafik itu dengan mengambil gambar nombor badan anggota ketika saman sedang dikeluarkan.

Tindakan itu seperti sebuah bentuk provokasi kerana dia seperti tidak dapat menerima hukuman berkenaan selain berkali-kali meminta agar polis trafik tersebut tidak berleter ketika mengambil tindakan.

Kesabaran ditonjolkan anggota berkenaan menerima pujian orang ramai yang kagum melihat ketenangannya dalam mengendalikan pemandu tidak mengikut undang-undang itu.

Pemandu tersebut turut difahamkan tidak memakai tali pinggang keledar. Agensi

"Dari sini kita dapat memahami sedikit sebanyak apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam negara kita. Sebagai rakyat, kita sentiasa menghormati anggota yang berkhidmat untuk masyarakat.

"Namun apabila muncul seorang dua yang berkelakuan sebaliknya, tidak mustahil akan muncul lebih ramai yang sama. Jika berterusan, imej negara akan terjejas dan pandangan terhadap bangsa kita juga akan berubah," kata Badrul Hisyam HeavyBrother.

"Dengan 'tinted' gelap, isyarat tak diberikan dan tali pinggang keledar tidak dipakai pun mahu banyak bunyi. Harap-harap abang polis trafik beri saman," kata ArenceWiwie Lawrence.

"Tidak perlu bertekak dengan orang begini, selalu dah jumpa mereka yang seperti ini ketika buat kawalan RELA. Nasib baik RELA tiada buku saman seperti polis," kata Naotsugu XD.

Mengikut peraturan, pemandu boleh dikenakan denda RM300 sekiranya tidak memakai tali pinggang keledar dan hukuman lebih berat menanti jika membuat belokan tanpa memberi isyarat hingga menyebabkan kemalangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram