Kos melancong mahal atau murah bukan isu tapi Langkawi tak berbaloi, Semporna bukti ramai sanggup bayar 'value'


  • Bisnes
  • Khamis, 18 Sep 2025

Minat pelancong domestik dan antarabangsa terhadap Langkawi semakin pudar. — The Star

LANGKAWI pernah suatu ketika dulu menjadi destinasi utama pelancongan Malaysia.

Dengan keindahan pantai, pakej ekopelancongan seperti lawatan hutan paya bakau, pelayaran matahari terbenam, serta aktiviti ikonik meninjau helang, Langkawi sememangnya mempunyai tarikan tersendiri.

Namun, semua itu semakin pudar apabila minat pelancong domestik terhadap pulau legenda itu semakin luntur.

BACA LAGI: Kuantan lokasi pertama Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia, tawar hadiah RM5,000 dan pakej percutian istimewa

BACA LAGI: Langkawi sepi, resort mewah pun lengang, ramai 'lari' ke Terengganu dan Hatyai

Hotels in Langkawi struggling to attract guests this holiday season.// 15 Sept 2025 // provided pix

Kadar penginapan hotel di Langkawi semasa cuti sekolah dan cuti panjang sempena Hari Malaysia baru-baru ini agak rendah. — The Star

Tambang penerbangan yang tinggi menjadi antara faktor utama kedatangan pelancong ke Langkawi semakin merosot.

Tolak tepi dulu isu tiket mahal. Apa yang menjadikan Langkawi semakin suram adalah kerana kos dan nilainya dianggap tidak berbaloi.

Seorang pengguna X, KokoCat berkata, bagi pelancong, persoalan utama bukan semata-mata murah atau mahal tapi apa yang lebih penting ialah nilai yang diterima.

"Ada orang tak kisah bayar RM3,000 semalam sekiranya pengalaman yang ditawarkan benar-benar mewah dan memenuhi jangkaan. Tapi Langkawi has no such value," katanya.

Fenomena ini terbukti di destinasi pelancongan antarabangsa seperti Maldives atau Bali, di mana harga tinggi disokong dengan pengalaman bertaraf dunia.

Kalau di Malaysia, tak payah pergi jauh kerana Semporna di Sabah menawarkan pengalaman percutian yang cukup istimewa. 

Maka tidak hairanlah kalau ia dibanjiri pelancong tempatan dan antarabangsa terutamanya dari Korea Selatan.

Meskipun percutian di Semporna agak mahal, ia dianggap lebih berbaloi. — The Star 

"Kalau nak cakap rakyat Malaysia miskin dan tak mampu bercuti di sana hingga jadi punca Langkawi tak laku pun tak betul.

"Pelancong luar negara pun dapati Langkawi tak tawarkan percutian berbaloi," kata KokoCat lagi.

Sebagai perbandingan, Semporna menawarkan sesuatu yang berbeza. 

Walaupun lokasinya lebih terpencil, kawasan itu berjaya memikat pelancong dengan pengalaman menyelam bertaraf dunia, air laut jernih kebiruan serta akses ke pulau-pulau yang sering disamakan dengan Maldives. 

Di sana, pelancong berasakan apa yang dibayar adalah berbaloi dengan pengalaman luar biasa yang mereka nikmati.

Langkawi memiliki potensi besar, tetapi potensi sahaja tidak mencukupi. 

Untuk kekal relevan sebagai destinasi pelancongan premium, pulau ini perlu menilai semula penawaran dan memastikan harga mencerminkan pengalaman.

Dalam pelancongan, isu bukan pada murah atau mahal, tetapi sejauh mana sesuatu destinasi mampu memberi nilai yang setimpal dengan kos. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram