
SEORANG anggota tentera ditemukan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang ketika melaksanakan operasi di Pulau Mataking dekat Semporna, Sabah pada Jumaat.
Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 dalam kenyataan memaklumkan anggota tentera yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, manakala mangsa yang hilang ialah Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27.
Menurut kenyataan itu, dua anggota tentera berkenaan sedang melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking sebelum dilaporkan hilang.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki nangis, panik, ibu 'bawa' ke balai polis, terus janji tak buat lagi!
BACA LAGI: [VIDEO] Curi beg jemaah wanita ketika sedang sujud, polis Kota Tinggi buru suspek lelaki
"Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bantuan perubatan diberikan.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan sahabat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Sebarang perkembangan berkenaan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut Markas ATB 2. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram