Diyana Halik sebak, tetap berdiri di belakang Aaron Aziz selepas suami dituduh anti Gaza


  • Cinta
  • Ahad, 05 Okt 2025

Datin Diyana Halik tampil meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila suaminya difitnah tidak menyokong perjuangan kemanusiaan di Gaza.

ISTERI pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik tampil meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila suaminya difitnah tidak menyokong perjuangan kemanusiaan di Gaza.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Diyana mengakui hatinya luluh melihat sisi rapuh suami yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga, terkesan dengan serangan dan tohmahan warga maya.

“Suami saya adalah figura kuat dalam rumah ini. Tapi bila lihat dia rebah dan ditenangkan oleh anak bongsu kami, hati saya benar-benar hancur.

“Melihat dua anak kami menangis dari jauh membuatkan kami rasa sangat tidak berdaya. Ia menjadi hari lahir yang menyedihkan buat Danish,” tulisnya.

BACA LAGI: Selamat bersalin anak kedua pada usia 58 tahun, inspirasi buat wanita sudah berumur jangan putus harap!

BACA LAGI: [VIDEO] Penampilan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah dalam persalinan busana serba biru tarik perhatian, anggun dan manis

Walaupun kecewa dengan kecaman yang dianggap tidak berasas, Diyana menegaskan bahawa dia akan tetap berdiri di belakang suaminya untuk memberi sokongan penuh agar Aaron terus kuat berdepan fitnah.

Darling, tak mengapa untuk tunjukkan kelemahan. Kamu juga manusia. Kami akan terus bersama kamu, walau apa pun yang berlaku,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Diyana menyeru agar orang ramai berhenti menyebarkan posting berunsur fitnah, buli dan penghinaan, serta memohon kerjasama untuk melaporkan mana-mana individu termasuk pempengaruh, yang terlibat memperbesarkan isu tersebut.

“Kalau ada lagi posting atau komen berbaur fitnah, tolong kongsikan dengan saya. Lagi banyak bukti, lagi bagus. Cukup-cukuplah membuli dan menghina,” katanya.

Sebelum ini, Aaron tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagram selepas video temu bualnya tular dan disunting secara tidak jujur sehingga mencetuskan salah faham.

“Saya tak sebut pun pasal Sumud Flotilla. Soalan yang ditanya ialah tentang artis yang tak bersuara mengenai Gaza.

“Saya orang Islam, takkanlah saya tak sokong Gaza. Ini isu kemanusiaan,” tegasnya.

Bintang filem KL Gangster itu turut menzahirkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen menuduhnya menyokong negara haram tersebut hanya kerana menonton potongan video pendek.

“Saya sekarang diserang sebab orang sunting video. Fitnah saya macam saya anti-Gaza,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram