[VIDEO] Wanita mengamuk campak kerusi, ada baiknya jangan datang 'event' kereta, bimbang anak autisme kurang selesa


  • Massa
  • Khamis, 09 Okt 2025

Kejadian tersebut menyebabkan kereta di karnival tersebut mengalami kerosakan.

SUASANA kecoh berlaku di sebuah karnival automotif di Butterworth, Pulau Pinang apabila salah sebuah kereta yang menyertai pertandingan di situ dipecahkan.

Situasi tersebut dikatakan berlaku kerana terdapat seorang kanak-kanak dipercayai menghidap autisme tidak tahan mendengar bunyi ekzos yang terlalu kuat.

Oleh kerana itu, ibunya tersebut bertindak luar kawalan dengan dengan membaling kerusi ke arah kereta tersebut dipercayai jenis Nissan Silvia 15.

BACA LAGI: Demi sesuap nasi, ibu tunggal 'jadi' badut tepi jalan sambil kendong anak usia 8 bulan

BACA LAGI: Ibu aktif joging ketika hamil

Tindakan ibu tersebut menyebabkan pemilik kereta tersebut mengalami kerosakan seperti lampu sisi belakang pecah, cat terkopek serta calar.

Namun begitu, jumlah kerugian tidak dinyatakan secara jelas oleh pemilik tersebut.

Melihat kepada situasi tersebut, warganet berpendapat masih lagi ada ibu bapa yang tidak peka dengan situasi terutamanya mengenai keadaan sekeliling apabila mempunyai anak istimewa.

Malah, ada ibu bapa mungkin perlu melupakan minat mereka jika terdapat anak istimewa.

"Semua keluarga yang ada anak autism tahu budak-budak ni memang tak boleh dengar bunyi bising, yang pergi bawa tu buat apa?," soal Kamarul Idham.

"Bila ada anak istimewa, ada minat yang perlu disimpan. Kalau nak buat juga tengok kesesuaian dengan anak," komen Norzalinda Hamzah.

"Bagi saya, anak khas atau anak normal, bukan semua tempat sesuai untuk kita bawa anak-anak kita," jelas Emma Harith. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram