
PENEMUAN satu mayat dalam tali air di Jalan Lahar Kepar dekat Seberang Perai, Pulau Pinang pada Khamis menggemparkan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Insiden tersebut dikongsikan di laman Facebook INFO SEMASA, RIADAH, MUSIBAH, KEMALANGAN, BENCANA KEDAH & UTARA oleh Ct Zalinasp yang berkongsi penemuan terbabit.
BACA LAGI: Tekong Kelantan Warriors parah, 2 maut terbabit kemalangan ngeri di Seberang Perai
BACA LAGI: Tahap kebersihan membimbangkan, restoran nasi kandar di Butterworth diarah tutup
"Penemuan satu mayat dalam tali air dekat Ban Besar, Lahar Kepar, Seberang Perai sebentar tadi. Identiti belum dapat dipastikan lagi," tulisnya.
Kawasan tersebut dipenuhi orang ramai dipercayai penduduk setempat tetapi tiada kelibat pihak berkuasa dirakam dalam video berkenaan.
Namun, setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan mayat itu.
Insiden penemuan mayat di kawasan tali air di Seberang Perai bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini ada kes yang hampir sama.
Pada Julai 2021, mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kelar pada kepala di Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas di Seberang Perai.
Mangsa ditemui dalam tali air dalam keadaan terlentang bersebelahan motosikalnya.
Hasil pemeriksaan awal pegawai penyiasat polis trafik mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dipercayai terbabas sendiri sebelum masuk ke dalam tali air.
Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati terdapat kesan kelar pada bahagian kanan kepala mangsa.
Setakat berita ini ditulis, tiada perkembangan lanjut berhubung kes tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram