[VIDEO] Bengang dituduh alami masalah mental, wanita Jawa Tengah nekad simbah minyak tanah ke anggota polis


  • Benua
  • Khamis, 02 Okt 2025

Tangkap layar seorang wanita bertindak nekad menyiram minyak ke arah anggota polis di Ibu Pejabat Polis Sragen dekat Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini. — Agensi

GARA-GARA bengang dikaitkan sebagai individu mengalami masalah mental, seorang wanita bertindak nekad menyiram minyak tanah ke arah anggota polis di Ibu Pejabat Polis Sragen dekat Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Wanita dikenali sebagai Tri Wulandari itu bukan sahaja mengamuk di dalam balai polis, malah turut menyiarkan aksinya secara langsung di Facebook sehingga ditonton puluhan ribu pengguna dan menjadi tular sehingga kini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi Selasa apabila wanita berusia 30-an itu hadir bersama tiga anaknya menaiki pikap ke kawasan balai polis.

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni

BACA LAGI: [VIDEO] Menyesal tak berguna, lelaki Indonesia tergamak kerat kekasih, seminggu tinggal bersama jasad

 

 

 

Dalam siaran langsung, wanita terbabit yang memperkenalkan dirinya sebagai Mbak Wulan pada awalnya mendakwa mahu 'berjalan-jalan' di kawasan tersebut sambil berseronok.

Namun, perjalanannya itu berakhir di ruang depan balai polis berkenaan.

Dia kemudian dilihat membawa masuk plastik hitam berisi botol minyak sebelum bertanyakan keberadaan ketua balai yang bertugas.

Selepas dimaklumkan pegawai itu tiada kerana sakit, wanita terbabit hilang kawalan lalu menyiram minyak ke arah anggota dikenali sebagai Bripka Johan.

Insiden dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas Bripka Johan menyuruhnya pulang dan menuduh Wulandari mengalami gangguan mental.

Setakat berita ini ditulis, Bripka Johan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak berkuasa sedang menyiasat motif sebenar Wulandari bertindak sedemikian

Nasib wanita itu juga tidak dapat dipastikan sama ada ditahan untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram