Hampir seminggu bertarung nyawa, budak parah ditukul penagih dadah di Bachok meninggal dunia


  • Massa
  • Rabu, 01 Okt 2025

Muhammad Ammar meninggal dunia di HPUSM, Kubang Kerian. — Facebook

 

 

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia yang parah akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.02 petang, Rabu selepas enam hari bertarung nyawa.

Mangsa iaitu Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, menghembuskan nafas kira-kira pukul 3.02 petang tadi semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan Kosmo!, bapa mangsa iaitu Muhammad Badrul Remli, 31, mengesahkan anak sulung daripada dua beradik berkenaan meninggal dunia pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak kena tukul penagih dadah marah-marah di Bachok makin kritikal, bapa harap ‘keajaiban’

BACA LAGI: [VIDEO] Sengaja halang laluan ambulans, pemandu dipaksa tengok sendiri pesakit kritikal, sebelum tampil mohon maaf

[VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni

"Ya, Muhammad Amar sudah meninggal dunia. Jenazahnya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Mujor, Jelawat, Bachok dekat sini selepas solat Isyak," katanya memetika laporan itu.

Sebelum ini Majoriti melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek berusia 46 tahun yang juga penganggur dipercayai memukul mangsa dengan sebatang tukul di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok.

Suspek kemudian ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi dengan melarikan diri selepas memukul mangsa kira-kira tiga kilometer daripada lokasi kejadian.

Kejadian berkenaan menyebabkan Muhammad Ammar menerima lebih 50 jahitan pada kepala.

Selain itu, bahagian tempurung kepala Muhammad Ammar juga mengalami keretakan sebanyak 50 peratus akibat dipukul bertubi-tubi dengan sebatang tukul.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan penagih dadah dipercayai bertindak demikian kerana memarahi mangsa yang juga anak saudara suspek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram