
MAHKAMAH Koroner Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa dimaklumkan bahawa beberapa barang bukti yang diserahkan kepada Jabatan Kimia didapati mempunyai kesan darah milik Zara Qairina Mahathir.
Ahli kimia, Nor Airdora Saedon, 52, memberitahu perkara itu ketika membacakan kenyataan saksi dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian remaja tersebut.
Beliau berkata, antara barangan yang mengandungi kesan darah ialah beberapa helaian kertas dan sebotol kaca.
BACA LAGI : Punca sebenar kematian Zara Qairina, pakar patologi serah keputusan kepada mahkamah
BACA LAGI : Ketua warden arah matikan telefon awam asrama 2 hari selepas insiden Zara Qairina — Saksi
Barang bukti yang disyaki mempunyai kesan darah itu turut merangkumi sampel bertanda WK15(3)(a), WK15(8)(a), WK15(9)(a) serta WK33 hingga WK35.
Kesemua barang bukti itu diambil untuk ujian calitan DNA, dan hasil ujian mendapati sampel WK15(3)(a) mempunyai DNA Zara serta seorang individu lain, manakala selebihnya disahkan milik Zara sepenuhnya.
Airdora memaklumkan bahawa dia menerima 37 barang bukti daripada pegawai penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung pada 11 Ogos lalu.
Dalam prosiding pada Selasa, Airdora turut mengemukakan dan menandakan barang bukti berkenaan kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Zara Qairina, pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Limauan, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pukul 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya dengan laporan awal menyatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama.
Bagaimanapun wujud dakwaan bahawa mangsa dibuli sehingga mengakibatkan kematiannya. — The Star/STEPHANIE LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram