
TULAR di media sosial trend baharu dalam kalangan pelajar sekolah lelaki yang menayangkan penyepit atau klip rambut pada beg sebagai tanda mereka sudah mempunyai teman wanita.
Fenomena itu menarik perhatian warganet selepas seorang pengguna Facebook, Indai Pangarah, berkongsi tentang trend berkenaan yang kini semakin popular.
“Trend budak zaman sekarang, kalau nampak beg lelaki ada penyepit rambut, maknanya mereka sudah ‘taken’ (berpunya).
BACA LAGI: Teknologi jadi perisai, KPM boleh cuba 3 peranti moden bantu cegah pelajar dibuli
BACA LAGI: Selain bantuan RM600 sebulan, ada 2 lagi inisiatif bantu warga emas, masih ramai tak tahu
"Teringat pula zaman dahulu, tapi ada ke kita macam ini? Lupa pula aku sebab tak bercinta zaman sekolah,” tulisnya secara berseloroh.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, termasuk dalam kalangan ibu bapa yang turut berkongsi pengalaman serupa.
Trend baharu dalam kalangan pelajar sekolah lelaki yang menayangkan penyepit rambut pada beg sebagai tanda mereka sudah mempunyai teman wanita. — Gambar Hiasan
Seorang wanita, Jennifer, misalnya mengakui terkejut apabila menemui penyepit rambut di bahagian depan beg sekolah anak lelakinya.
“Saya ingat anak saya ‘lembut’, rupanya sudah ada teman wanita,” katanya.
Turut berkongsi pengalaman sama, seorang lagi pengguna, Chong Poh Jin, berkata dia juga menemui penyepit rambut pada beg anak bujangnya.
“Patutlah bila saya tanya, dia cuma tersenyum malu,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Hisham Adut mendakwa trend tersebut kini semakin popular dalam kalangan pelajar sekolah.
"Trend terbaru ya sekarang, ada juga yang bagi pin tudung. Kalau ada lebih penyepit rambut atau pin tudung maknanya 'buaya'. Lain macam sekarang pelajar bercinta, dulu aku pakai cincin sahaja," tulisnya dengan meninggalkan emoji ketawa.
Trend yang dianggap lucu oleh sesetengah pihak itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai pandangan, dengan ada yang menganggap ia sekadar gurauan manis remaja, manakala segelintir pula bimbang ia memberi mesej yang kurang sesuai kepada pelajar sekolah.
Namun, seorang lagi pengguna, Alex Inang, berpandangan trend tersebut boleh memberi mesej yang kurang sesuai kepada pelajar sekolah.
“Budak sekolah sepatutnya fokus pada pelajaran, bukan hal cinta. Tak manis kalau umur baru belasan tahun dah tunjuk macam dah berpasangan,” tegasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram