
ADAT dalam berjual beli, apabila mahukan sesuatu, pastikan bayar dahulu baru dapat barangnya.
Dalam masa yang sama, kita juga turut dituntut untuk menjaga kebersihan tidak kira di mana saja kita berada.
Tetapi, apa akan jadi kalau adab berjual serta kebersihan tidak dipatuhi?
BACA LAGI: [VIDEO] Elak salah faham, bantu jika nampak sesama wanita dalam kesusahan tepi jalan
Itulah yang terjadi dalam sebuah rakaman video yang tular apabila menunjukkan sebuah keluarga sedang membeli-belah dekat pasar raya.
Tindakan keluarga itu yang mengambil sikat dan kemudiannya menyikat rambut anak mereka mengundang reaksi kurang senang oleh warga net.
Sudahlah belum dibayar, sikat itu sudah digunakan sekali gus mendedahkan risiko mengenai kebersihan terhadap pelanggan lain.
Tindakan tersebut mendapat reaksi bos besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin selepas melihat video itu berlaku di salah satu cawangan pasar rayanya.
Ameer dengan secara santai tetapi tegas, menegur keluarga tersebut dengan kebersihan perlu dijaga di saja kita berada.
"Inilah dia, kita nak suka sikat rambut, tapi janganlah dekat Mydin atau di mana-mana saja, kita cerita mengenai kebersihan.
"Jadi, nak menyikat tu tak salah, tapi belilah sikat tu dulu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram