[VIDEO] 'Bawa kawan lepak, cakap sate tak ada', tauke kedai makan pertahan tidak bayar gaji penuh pekerja RM380 seminggu


  • Tular
  • Isnin, 29 Sep 2025

Tangkap layar seorang majikan yang didakwa gagal membayar gaji pekerjanya baru-baru ini.

TINDAKAN seorang tauke kedai makan yang didakwa gagal membayar gaji pekerjanya mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet selepas video pergaduhan mereka tular sejak Sabtu.

Menerusi rakaman berkenaan, lelaki itu dilihat bercakap kasar dengan pekerjanya meskipun cuba ditenangkan isterinya.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh rakan kepada salah seorang pekerja terbabit dan dimuat naik di laman TikTok, diaryalyamarissa, namun lokasi dan tarikh kejadian tidak dinyatakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak kena tukul penagih dadah marah-marah di Bachok makin kritikal, bapa harap ‘keajaiban’

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni

 

 

Menurut pekerja terbabit, majikan berkenaan jarang memantau keadaan kedai, bersikap acuh tidak acuh terhadap jualan, selain didakwa tidak melunaskan gaji seperti dijanjikan.

“Sepatutnya kami dibayar RM380 seminggu, tapi tidak pernah penuh,” dakwa pekerja itu.

Namun, dalam video tersebut, majikan berkenaan membangkitkan isu disiplin serta mempertikaikan hasil jualan pekerjanya. 

Menjengah ke ruangan komen, walaupun rata-rata warganet mengecam tindakan majikan terbabit, namun ada juga warganet yang menyebelahi majikan.

Seorang pengguna Facebook, Nora Isyah Echa berpendapat majikan berhak mempertikai prestasi pekerja sebelum melunaskan gaji.

“Cuba dengar pula penjelasan bos... tengah kerja bawa kawan-kawan lepak, kaki letak atas meja, sampah tak buang. Bila pelanggan datang, pekerja pula cakap sate tak ada. Kalau pekerja sendiri malas, macam mana bos nak bayar gaji?" tulisnya. 

Orang ramai yang berdepan isu serupa dinasihatkan untuk mengemukakan aduan bertulis kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melalui e-mel [email protected], melawat pejabat JTK terdekat atau menghubungi 03-8000 8000.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh majikan pekerja terbabit mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram