[VIDEO] 'Kalau nampak nama Muhammad, saya lega', pelawak Australia pilih pemandu e-hailing Muslim sebab sifat sabar, tenang


  • Massa
  • Sabtu, 27 Sep 2025

Michael Shafar, menerusi satu hantaran di media sosial akaun TikTok miliknya baru-baru ini menyifatkan pemandu Muslim lebih sabar.

PELAWAK kelahiran Melbourne, Australia, Michael Shafar menarik perhatian apabila berkongsi alasan mengapa dia lebih selesa memilih pemandu e-hailing beragama Islam berbanding warga tempatan United Kingdom (UK).

Michael Shafar, menerusi satu hantaran di media sosial akaun TikTok miliknya baru-baru ini menyifatkan pemandu Muslim lebih sabar.

Malah, dia turut memuji pemandu Muslim lebih tenang berbanding pemandu lain yang kebiasaannya dikaitkan dengan isu mabuk serta masalah peribadi.

BACA LAGI: [VIDEO] Lori 'terbang' tanpa pemandu, bayi maut, 8 parah nahas 4 kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang

BACA LAGI: [VIDEO] Anak kena tukul penagih dadah marah-marah di Bachok makin kritikal, bapa harap ‘keajaiban’

“Saya sentiasa berharap pemandu Uber saya ialah seorang Muslim.

"Jika saya nampak nama atau melihat pemandu seperti 'Kevin', saya akan batalkan tempahan kerana biasanya itu lelaki mabuk atau lebih suka bercakap tentang perceraian.

“Tetapi kalau saya nampak nama Muhammad, saya akan rasa lebih lega, insya-ALLAH,” katanya.

Michael dalam masa sama turut menyentuh mengenai perbezaan gaya hidup antara Muslim dan masyarakat Barat yang menurutnya lebih terdedah dengan pengambilan alkohol.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan pandangannya manakala sebahagian lain melihat ia sebagai kritikan terhadap stereotaip dan isu Islamofobia di Eropah.

Untuk rekod, Michael pada ketika berada di London untuk meluaskan lagi kerjanya sebagai seorang pelawak dan komedi berdiri (stand up comedian). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram