
TULAR di laman media sosial aksi sekumpulan warga asing dipercayai dari Indonesia yang melakukan tarian di kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sehingga mencetuskan perdebatan hangat netizen.
Menerusi perkongsian di platform X (Twitter) oleh akaun, @dahfollowbelum, kumpulan berkenaan dilihat rancak menari dengan rancak tanpa menghiraukan peraturan di kawasan tersebut.
Lebih menarik perhatian, pengguna itu turut mempersoalkan keberanian mereka kerana menurutnya, rakyat tempatan sendiri memerlukan permit untuk mengadakan sebarang aktiviti berkumpulan di kawasan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Anak kena tukul penagih dadah marah-marah di Bachok makin kritikal, bapa harap ‘keajaiban’
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni
“Warga Indonesia buat KLCC park macam Monas Jakarta. Polis Bantuan pun sudah menegur. Orang Malaysia pun perlukan kebenaran untuk berhimpun di sini.
"Hello Indonesian influencer (pempengaruh), tolong didik ahli kamu,” tulis ciapan tersebut.
Indon buat KLCC park mcm Monas Jakarta. Abam Polis Bantuan is at hand telling them off. Even Malaysians need permission to gather in this park.
Hello Indonesian influencer please educate ur fu*king members pic.twitter.com/RqfjRaRmXB
— isu apa hari ini (@dahfollowbelum) September 27, 2025
Difahamkan, aktiviti mereka tidak bertahan lama apabila anggota Polis Bantuan yang bertugas segera menegur dan mengarahkan mereka bersurai.
Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk ada yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk tidak menghormati peraturan tempatan, manakala segelintir lain pula berpendapat ia hanyalah aktiviti santai yang tidak wajar diperbesarkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram