
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend mengakui terkejut apabila mendapat tahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dihukum oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana skandal pemalsuan dan penyelewangan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan.
Kata Friend dalam kenyataan pada Isnin, Harimau Malaya sentiasa menghormati prosiding rayuan yang sedang dijalankan dengan harapan keputusannya adalah adil dan telus.
Dalam masa yang sama, Friend menganggap ia adalah detik yang bakal menjadi penentu kepada perjalanan Harimau Malaya
BACA LAGI: KPG-TCH sudah merasa, tiba masa Peter Cklamovski bukti kemampuan tanpa khidmat 7 bintang warisan
BACA LAGI: 'Fokus pemain sedia ada', reaksi Xisco Munoz isu ketiadaan 3 pemain warisan
"Kami terkejut dengan keputusan FIFA dan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dikenakan terhadap pemain-pemain kami.
"Kami menghormati prosiding yang sedang berlangsung dan percaya proses ini akan memberikan keputusan yang adil serta telus," kata Friend dalam satu kenyataan.
Kata Friend, FAM sudah pun menangani isu tersebut dengan mengemukakan rayuan dan CEO itu mahu semua pihak untuk bersatu hati kerana ia bakal menjadi detik penentu kepada perjalanan skuad kebangsaan.
"Ini adalah detik penentu bagi bola sepak Malaysia. Harimau Malaya kekal bersatu dan bersemangat, berdiri bersama pemain, jurulatih, dan staf kami ketika kami melangkah ke hadapan dengan tujuan dan tekad yang kukuh," ujarnya.
Sebelum ini, FIFA mendenda FAM sebanyak CHF350,000 (RM1.85 juta) manakala tujuh pemain iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, and Hector Hevel didenda CHF (Swiss Francs) 2,000 atau RM10,570.
Kesemua tujuh pemain warisan itu turut digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram