
RAKAMAN seorang wanita meraung sambil berlari ke arah jalan raya hingga hampir dilanggar mencetuskan tanda tanya warga maya selepas insiden itu dikongsi pengguna Threads, @nfsyafirah.
Menurutnya, insiden pada Ahad itu pada mulanya disangka kes ragut namun rupa-rupanya berpunca daripada pergaduhan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai sepasang kekasih.
“Nasib baik mata saya nampak cepat dan saya tegur suami supaya perlahan. Kalau dia bawa laju, mungkin dah lain cerita malam tu,” katanya dalam hantaran tersebut tanpa mendedahkan lokasi sebenar insiden itu berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] Lori 'terbang' tanpa pemandu, bayi maut, 8 parah nahas 4 kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
Jelasnya lagi, wanita berkenaan tidak menjerit meminta tolong seperti mangsa ragut, sebaliknya meraung kuat dipercayai akibat pertengkaran dengan pasangannya.
“Bukan ragut sebab ada yang tengok dari tepi macam kawan dia dan dia tak minta tolong or menangis seperti diragut.
"I won’t simply post kalau itu memang nampak ragut ke apa," katanya menjelaskan situasi itu selepas menjawab persoalan warga maya kenapa dia tidak memberhentikan kereta menolong wanita tersebut.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warga maya.
Seorang pengguna, @Musfira Razali menasihati orang awam agar lebih peka dan cuba membantu jika terlihat wanita dalam kesusahan di tepi jalan.
“Elak salah faham, kalau nampak sesama wanita perlukan pertolongan, hulurkan bantuan walaupun bukan kes ragut,” tulisnya.
Kejadian itu juga mengundang perdebatan dalam kalangan netizen yang bimbang ia boleh membawa padah sekiranya pemandu tidak sempat mengelak.
Seorang lagi pengguna Threads, @ainiey turut menzahirkan kebimbangan mengenai pasangan terbabit terbabit yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.
“Kalau tengah bergaduh pun jangan sampai bahayakan diri sendiri, risau orang lain pula terlibat,” katanya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram