BUDI95 mampu proses 30,000 transaksi seminit, nelayan, pekebun tiada lesen memandu boleh kemuka rayuan


  • Massa
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Pengguna disarankan menyemak cip MyKad supaya berfungsi dan memiliki lesen memandu sah menerusi mekanisme penggunaan BUDI95

KERAJAAN memberi jaminan akan mempertimbangkan rayuan nelayan kecil, pekebun serta pemilik perahu dan bot yang menggunakan petrol RON95 bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada program Budi Madani RON95 (Budi95).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedar ada kes tertentu terutama di Sabah, Sarawak dan Kelantan apabila nelayan kecil atau pemilik bot menggunakan RON95 walaupun tiada lesen memandu atas nama mereka.

“Nelayan dan pekebun memang ada elaun khas selain bantuan diesel. 

BACA LAGI : Kelayakan BUDI95 dah boleh disemak, ada 4 sebab anda mungkin 'terlepas' harga subsidi RM1.99

BACA LAGI : [VIDEO] Panduan lengkap guna aplikasi isi minyak, e-wallet beli petrol subsidi Budi Madani RON95

"Tapi kalau ada yang betul-betul guna RON95 untuk perahu atau bot, mereka boleh buat rayuan. 

"Saya jamin kerajaan akan bantu mana yang layak. Jumlahnya tidak besar, jadi kita boleh pertimbangkan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, Jumaat.

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedar ada kes tertentu terutama di Sabah, Sarawak dan Kelantan apabila nelayan kecil atau pemilik bot menggunakan RON95 walaupun tiada lesen memandu atas nama mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau menambah, pertimbangan sama turut diberi kepada pemilik set generator dan mesin rumput.

Beliau turut memaklumkan, sistem pelayan (server) bagi inisiatif Budi95 kini mampu memproses sehingga 30,000 transaksi seminit, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang hanya mampu menampung 3,000 transaksi seminit sebelum ini.

“Tujuannya untuk elak masalah teknikal yang pernah kita hadapi semasa pelaksanaan awal Sara. Budi95 direka dengan kapasiti lebih besar dan lebih stabil,” jelas Anwar.

Menurutnya, hampir 16 juta rakyat Malaysia dengan lesen memandu sah layak menerima subsidi tersebut berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya penggunaan kad pengenalan untuk membeli petrol akan menyusahkan rakyat.

“Tak ada sistem yang sempurna, tapi Budi95 beri manfaat kepada majoriti rakyat untuk menikmati harga petrol antara paling rendah di rantau ini,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram