
MELANCONG ke luar negara bukan sekadar peluang untuk berehat atau berseronok, malah ia seharusnya menjadi satu pengalaman indah yang membuka mata terhadap kehidupan masyarakat lain.
Setiap perjalanan ke destinasi asing memberi ruang kepada kita untuk menyelami budaya, adat resam serta cara hidup penduduk tempatan.
Bukan itu sahaja, melancong juga mengajar kita erti toleransi, hormat-menghormati serta menilai perbezaan sebagai sesuatu yang memperkayakan, bukannya memisahkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni
Malah, ia boleh memberi inspirasi untuk kita lebih menghargai identiti sendiri apabila kembali ke tanah air.
Namun, bagi seorang wanita, perjalanannya ke Vietnam baru-baru ini bertukar menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dia dan rakannya hampir menjadi mangsa penipuan peniaga buah di salah sebuah lokasi pelancongan negara itu.
Betul lah tu, peniaga yang menipu dalam timbangan ni jangan bagi muka
Kreditifanazirahnawi pic.twitter.com/wej61VJSdB
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 22, 2025
Ifa Nazirah Nawi, insiden itu berlaku ketika dia membantu rakannya membeli buah anggur hijau menggunakan mata wang tempatan.
“Pada mulanya, penjual memberitahu harga sekilogram buah ialah 100 VND (RM16).
"Jadi saya pun tak terus bayar. Tiba-tiba, penjual tu ubah, potong balik, tambah sana sini, kemudian minta lagi 20 VND (RM4) tambahan. Dia pandai-pandai tambah sendiri.
"Namun, selepas timbang, dia tiba-tiba mengubah kiraan dan meminta tambahan 20 dong lagi (RM4)," katanya ketika ditemu bual sebuah stesen radio, Suria FM.
Peniaga berkenaan meminta bayaran tambahan dengan alasan buah yang ditimbang melebihi satu kilogram, namun rakannya enggan menurut permintaan tersebut.
Helah peniaga itu segera terbongkar apabila rakannya menyedari berat anggur sebenarnya tidak mencecah satu kilogram kerana bekas buah turut diletakkan di atas penimbang.
“Saya yang ketika itu sudah mula rasa ditipu, terus hilang sabar lalu merampas kembali wang yang diberikan.
"Itu pun kali pertama saya berani bertindak sedemikian,” katanya.
Ifa Nazirah berkata, pengalaman itu memberi pengajaran besar kerana ia adalah kali pertama dia berdepan situasi ditipu ketika melancong ke luar negara.
“Memang marah sebab berlaku depan mata. Nasihat saya kepada orang ramai yang ingin melancong, sentiasalah berhati-hati.
"Harus peka dengan harga serta jangan mudah percaya dengan peniaga asing,” ujarnya yang masih lagi berada di Vietnam.
Wanita itu turut menasihati agar pelancong Malaysia sentiasa waspada dengan barangan serta wang yang digunakan supaya tidak menjadi mangsa penipuan ketika berada di luar negara.
Terdahulu, Majoriti melaporkan dua wanita Malaysia hampir ditipu ketika cuba membeli anggur di pasar tempatan di Vietnam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram