KERAJAAN bakal melaksanakan subsidi petrol RON95 secara bersasar mulai 30 September depan di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).
Mekanisme penggunaan BUDI95 ialah menerusi MyKad bagi warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan masing-masing.
Selain menggunakan MyKad di terminal pam, pengguna juga boleh mendapatkan harga subsidi melalui aplikasi rasmi stesen minyak seperti Setel (Petronas) atau Shell App selain menggunakan Touch n Go eWallet.
BACA LAGI: Kuota 300 liter RON95 sebulan mencukupi, 'cover' 170km perjalanan sehari — Amir Hamzah
BACA LAGI: Rasionalisasi subsidi RON95, Malaysia masih tawar harga petrol termurah di dunia

Aplikasi Setel Petronas antaranya boleh dimuat turun bagi memudahkan pengguna. — Setel
Berikut panduan ringkas langkah demi langkah:
1. Muat Turun Aplikasi Rasmi
Cari dan muat turun aplikasi stesen minyak pilihan anda di Google Play Store atau Apple App Store. Anda juga boleh memuat turun Touch n Go eWallet untuk menggunakan Setel via Touch n Go.
Petronas - Setel
Shell - Shell App
Caltex - CaltexGo
Petron - Petron Miles
BHP - BHPetrol eCard
Lain-lain - Aplikasi masing-masing

Proses verifikasi perlu dibuat bagi membolehkan pembelian petrol RON95 pada harga subsidi. — Soya Cincau
2. Daftar Akaun dengan Maklumat Peribadi
Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan (IC) , nombor telefon dan emel serta butiran lain yang diperlukan. Pastikan nombor IC sama seperti di MyKad masing-masing kerana sistem akan mengesahkan kelayakan subsidi.
3. Lengkapkan Proses 'Verified Account'
Untuk pengesahan, anda perlu ambil gambar MyKad dan ambil selfie pengesahan wajah.
Tanpa status verifikasi yang sudah berjaya, subsidi tidak dapat digunakan dan pembelian petrol RON95 pada harga subsidi tidak dapat dibuat.
4. Aktifkan Kaedah Pembayaran
Hubungkan aplikasi dengan kad debit/kredit atau top-up terus dalam e-wallet aplikasi tersebut menggunakan Grab Pay, Shopee Pay serta Boost (contoh: Setel Wallet).
Pastikan baki mencukupi sebelum mengisi minyak.

5. Isi Minyak di Stesen Minyak
KAEDAH APLIKASI SETEL
Buka aplikasi dan tap atau tekan 'BUDI95'. Tekan semak kelayakan
Jika layak → harga subsidi (contoh RM1.99/liter) dipaparkan
Jika tidak layak → harga pasaran penuh dikenakan
- Pilih lokasi stesen minyak dan nombor pam
- Pilih jumlah isian petrol (RM atau liter)
- Mula mengisi minyak selepas pam diaktifkan.
KAEDAH APLIKASI TOUCH N GO
Buka aplikasi dan tekan 'BUDI95' di skrin utama. Jika tak jumpa, tekan 'more' dan cari 'BUDI95'.
- Tekan 'Beli Minyak'
- Pilih stesen minyak (atau hidupkan perkhidmatan lokasi untuk kesan stesen berdekatan secara automatik)
- Masukkan nombor pam dan jumlah isian petrol
- Sahkan pesanan dan terus buat pembayaran dalam aplikasi TNG eWallet

- Kod QR akan dipaparkan dan anda boleh ke kaunter stesen minyak untuk imbas kod tersebut
- Teruskan isi minyak dengan petrol RON95
- Kod QR sah 10 minit sahaja. Jika QR tidak digunakan atau ada baki, baki akan dipulangkan automatik ke eWallet
Berbeza dengan Setel Petronas, anda masih perlu ke kaunter tapi kaedah ini lebih cepat berbanding cara biasa sebab tak perlu tunjuk MyKad atau buat bayaran manual.
5. Dapatkan Resit dan Rekod Digital
Selepas selesai, resit digital akan disimpan dalam aplikasi. Anda boleh semak semula jumlah isian, baki kuota subsidi (had 300 liter sebulan), serta sejarah transaksi.
Penggunaan aplikasi sangat efisien dan praktikal jika anda tidak mahu menggunakan terminal pembayaran kaunter.
Ia juga boleh digunakan dalam situasi cip MyKad rosak atau tidak boleh dibaca. Semoga bermanfaat! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
