[VIDEO] Sempat masak capati, pelajar lelaki bakar sekolah angkara berang tak dapat tonton aksi Arsenal-Man City


  • Podium
  • Selasa, 23 Sep 2025

Keadaan terkini Litein Boys' High School di Kenya selepas dibakar segelintir pelajarnya pada Ahad. — Agensi

SEKOLAH menengah di Kenya, Litein Boys’ High School terpaksa ditutup selepas beberapa pelajarnya bertindak merosakkan harta sekolah dan membakar sebahagian bangunan pada Ahad.

Kekecohan bermula apabila pihak pentadbiran enggan membenarkan pelajar menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City, yang dinantikan ramai.

Menurut sumber sekolah, pelajar meminta untuk menonton perlawanan selama 90 minit seperti rutin hiburan hujung minggu.

BACA LAGI: Bukan Jordi Amat, tetapi 'wonderkid Garuda Merah' pemain Indonesia pertama sarung jersi JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan setakat Arif Aiman 'hilang', ini 3 lagi kesilapan besar Xisco Munoz

Namun, permintaan itu ditolak sehigga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar.

 

 

 

Malah, situasi bertukar menjadi semakin tegang apabila ada dalam kalangan pelajarnya menjadi mogok besar dan menggunakan kekerasan bagi meluahkan kemarahan terhadap pihak sekolah dengan membakar salah sebuah banguna sekolah berkenaan.

Akibatnya, asrama dan bilik darjah dipenuhi asap, manakala harta bernilai jutaan ringgit musnah sekelip mata.

Beberapa blok sekolah dilaporkan dibakar, meninggalkan dinding hangus dan serpihan runtuhan.

Pelajar dikatakan mengatasi anggota keselamatan dan polis selepas mematikan semua lampu di kawasan sekolah, membolehkan mereka melakukan kerosakan dalam gelap.

 

 

 

Malah dalam kejadian itu, para pelajar dilihat tidak menunjukkan rasa bersalah langsung apabila tular beberapa video mereka bermain gitar dan sempat memasak capati selepas kejadian.

Ini bukan kali pertama Litein Boys’ High School menjadi tumpuan berita kerana kekecohan. Sekolah ini pernah beberapa kali berdepan insiden sama, menimbulkan persoalan mengenai disiplin pelajar, kesihatan mental dan keberkesanan kepimpinan sekolah.

Pada Julai lalu, kekacauan berlaku apabila pelajar protes nasi separuh masak semasa makan malam, yang turut memerlukan campur tangan pihak berkuasa.

Dalam tempoh dua tahun, ini merupakan kekecohan kedua di sekolah itu. Pada 2023, sekolah ditutup selepas pelajar mengadakan rusuhan atas sebab tidak diketahui, merosakkan sistem biometrik, tingkap dan kenderaan sekolah.

Siasatan terhadap insiden terbaru sedang dijalankan oleh pihak sekolah, pegawai pendidikan dan pasukan keselamatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram