
ISTANA Selangor pada Jumaat memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab bertindak melakukan penipuan dengan memanipulasi gambar Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Dalam pemakluman tersebut, Pejabat Istana Selangor memaklumkan sebuah laporan polis sudah dibuat terhadap pemilik akaun TikTok yang ingin mengelirukan orang ramai.
"Pejabat Sultan Selangor dimaklumkan mengenai kewujudan sebuah akaun palsu di platform aplikasi TikTok yang memanipulasi dan menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
BACA LAGI: Lelaki dakwa rugi RM1,400 demi adik akibat diperdaya scammer rumah sewa
BACA LAGI: [VIDEO] 'Biar miskin, jangan jadi scammer', mangsa kongsi pengalaman ditipu menerusi pautan WhatsApp
"Satu laporan polis dibuat ke atas akaun berkenaan yang turut dilihat menyalahgunakan gambar individu dan tokoh lain untuk tujuan menipu (scam) pengguna-pengguna di media sosial," tulisnya.
Pejabat tersebut turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati akan kewujudan akaun palsu sebegitu di semua platform media sosial.
Selain itu, pengguna dinasihatkan agar sentiasa peka dalam memastikan kesahihan informasi sebelum dikhuatiri terpengaruh dengan tipu daya 'scammer' atau mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.
"Laporkan segera kepada pengendali aplikasi berkenaan sekiranya terdapat akaun-akaun yang mencurigakan," tulis kenyataan itu lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram