
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah yang baginda hanya menzahirkan mengenai sejarah Kampung Bharu, Kuala Lumpur dan bukan ingin mempengaruhi isu semasa mengenai Kampung Sungai Baru.
Menurut kenyataan Istana Alam Shah, Klang pada Khamis, baginda hanya menzahirkan pandangan mengenai sejarah, masa depan dan hala tuju penempatan tersebut.
Sultan Sharafuddin tidak sesekali bercakap mengenai isu pembangunan di Kampung Sungai Baru yang kini menjadi bualan hangat.
BACA LAGI: Nahas 3 sekawan, remaja lelaki maut tersepit kereta dipandu terbabas di Kota Bharu
BACA LAGI: [VIDEO] Wayar tersangkut atas lori jadi punca, lelaki cedera dihempap tiang di Kampung Pening Lalat
"Baginda hanya menzahirkan pandangan mengenai sejarah, masa hadapan dan hala tuju yang merangkumi keseluruhan kawasan Kampong Bharu, Kuala Lumpur.
"Baginda tidak menyentuh secara langsung mengenai isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru yang sedang tular," kata Istana Alam Shah dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah mengatakan yang pembangunan semula di kawasan tersebut seharusnya memberikan kepentingan kepada orang Melayu.
Sultan Selangor mengatakan yang tiada masalah untuk pembangunan semula seiring dengan peredaran zaman, namun biarlah syarat-syarat memberi manfaat kepada orang Melayu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram