Susunan tempat duduk unik, 1,452 set kutleri perak tarikan jamuan makan malam eksklusif keluarga diraja Britain rai Trump dan delegasi


  • Hias
  • Jumaat, 19 Sep 2025

Meja sepanjang 47 meter di St George's Hall dihias indah dengan bunga segar dan kutleri perak bersejarah untuk jamuan negara. — Agensi

ISTANA Windsor, England kembali menjadi pentas tumpuan dunia pada minggu ini berikutan keluarga diraja Britain menganjurkan jamuan eksklusif penuh tradisi bagi meraikan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama delegasi rasmi.

Menarik perhatian ialah menu makan malam yang dihidangkan pada malam penuh diplomasi itu ditulis sepenuhnya dalam bahasa Perancis.

Rupa-rupanya penggunaan bahasa tersebut adalah sebahagian daripada tradisi berusia berabad-abad daripada keluarga Britain.

BACA LAGI: Sakit sendi, berpeluh malam antara 20 simptom fasa menopaus dialami wanita Malaysia, anda kategori mana?

BACA LAGI: [VIDEO] Cita rasa kelas dunia, Kate Middleton anggun dalam gaun klasik diraja, Melania tampak 'bold' gayakan 'dress' moden kuning terang

Tradisi tersebut bermula sejak penaklukan Norman pada abad ke-11, apabila bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi mahkamah.

Zaman berubah, amalan tradisi dikekalkan

Malah, mendiang Ratu Elizabeth II sendiri dikenali sebagai penggemar sentuhan klasik tersebut.

Chef Diraja, Mark Flanagan, berkongsi bahawa Baginda (Ratu Elizabeth II) amat teliti, malah menegur jika terdapat kesilapan aksen atau tatabahasa pada menu.

Katanya, hanya pada jamuan sempena Jubli Intan Baginda menu ditulis dalam Bahasa Inggeris, 'untuk memudahkan tetamu'.

St George’s Hall, Istana Windsor berubah menjadi dewan makan bak zaman pertengahan, lengkap bersama barisan staf istana yang dilatih rapi seperti upacara perbarisan.

Seramai 160 tetamu duduk sepanjang meja berukuran 47 meter dengan 1,452 set kutleri perak bersejarah disusun kemas.

Antara menarik perhatian menu dihidangkan ditulis sepenuhnya dalam bahasa Perancis, sebahagian daripada tradisi berabad-abad daripada keluarga Britain.

Menu makan malam

Pembuka selera: Panna cotta selada air Hampshire dengan biskut Parmesan dan salad telur puyuh.

Hidangan utama: Ballotine ayam organik Norfolk dibalut zucchini, disirami jus thyme.

Pencuci mulut: Ais krim vanila berbentuk bombe dengan sorbet raspberi Kent, dihidangkan bersama plum Victoria rebus perlahan.

Wain yang dihidangkan termasuk Wiston Estate Cuvée 2016 dan Corton-Charlemagne Grand Cru 2018.

Malam itu diakhiri dengan port 1945 simbolik kepada Trump sebagai Presiden ke-45 manakala cognac 1912 pula tahun kelahiran ibu beliau.

Susunan tempat duduk jadi perhatian

King Charles dan Presiden Trump duduk di tengah meja sebagai tumpuan utama.

Trump diapit Puteri Wales, Catherine, manakala di hadapan mereka Wanita Pertama AS, Melania Trump dengan Ratu Camilla dan Putera William di sisi.

Tradisi dengan sentuhan era baharu

Dewan dihias dengan potret diraja, baju perisai kesatria dan lambang Kesatria Garter pada siling.

Sempena era King Charles, meja makan dilengkapi susunan bunga segar dengan lilin kristal untuk memberi nuansa moden tetapi tetap mengekalkan keanggunan tradisional.

Muzik malam itu dipilih dengan teliti dari Nessun Dorma sehinggalah You Can’t Always Get What You Want.

Ia satu campuran simbolik yang menjadi bualan delegasi media antarabangsa.

Semuanya mencipta latar yang menggabungkan sejarah berusia berabad-abad dengan sentuhan moden.

Pencahayaan malam itu lembut tetapi dramatik dengan lampu candelier serta lilin mencipta pantulan indah pada gelas kristal dan perak, membuatkan keseluruhan dewan kelihatan seperti sebuah filem sejarah hidup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram