SEORANG lelaki cedera di kepala selepas dihempap sebatang tiang elektrik di Kampung Kedai Buloh dekat Kota Bharu, Kelantan pada Khamis.
Melalui perkongsian orang awam di aplikasi WhatsApp, tragedi berdarah itu berlaku kira-kira pukul 5 petang tadi.
Tiang elektrik itu tumbang selepas wayar salah satu tiang terbabit tersangkut ketika sebuah lori melalui jalan raya tersebut sehingga menyebabkan tiang itu tercabut lalu menghempap mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa melecur terbaring tepi jalan, 3 kilang bahan kimia terbakar di Gelang Patah
Seorang penunggang motosikal cedera di kepala selepas dihempap sebatang tiang elektrik di Kampung Pening Lalat dekat Rantau Panjang, Kelantan pada Khamis. pic.twitter.com/9Z0ZecKU48
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) October 10, 2024
Sebuah kedai menjual ayam segar di tepi jalan berkenaan turut rosak teruk ekoran daripada kejadian itu.
Dalam satu lagi video berdurasi kurang seminit yang dikongsikan memaparkan mangsa dilihat dalam keadaan berlumuran darah diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa yang cedera dihantar ke hospital terdekat menggunakan ambulans.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
