[VIDEO] 'Samping ini aku paling sayang', pelajar Malaysia sempat beri hadiah, solat Jumaat terakhir di AS


  • Tular
  • Ahad, 14 Sep 2025

Tangkap layar Sharul Mansur (kanan) menghadiahkan sehelai kain samping miliknya kepada seorang warga emas di salah sebuah masjid di Amerika Syarikat sebagai tanda kenangan sebelum pulang ke negara.

RAKYAT Malaysia sememangnya terkenal dengan budi bahasa dan sikap ramah.

Malah perkara itu sekali lagi terbukti apabila seorang pelajar Malaysia, Sharul Mansur, berkongsi momen indah ketika menunaikan solat Jumaat terakhirnya di Amerika Syarikat (AS) sebelum pulang ke tanah air.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, seliparjepun6_, Sharul memuat naik detik penuh emosi ketika berada di Islamic Societies of Baltimore, Al-Raudah School, masjid yang sering menjadi pilihan dia dan rakan-rakan untuk menunaikan solat sepanjang menuntut di universiti di negara itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Menyesal tak berguna, lelaki Indonesia tergamak kerat kekasih, seminggu tinggal bersama jasad

BACA LAGI: 'Ini baru AI, bukan tipu helah Dajjal', trend edit gambar peluk artis K-Pop undang fitnah

Selepas selesai solat Jumaat, Sharul mengambil kesempatan bertemu dengan seorang warga emas yang dikenali di masjid berkenaan untuk mengucapkan selamat tinggal.

Lebih manis, dia turut menghadiahkan sehelai kain samping miliknya sebagai tanda kenangan.

"Samping ini aku paling sayang tetapi aku tak fikir pun soal nilai. Apa yang aku tahu, hakikat kita ikhlas kena belajar.

“Pada mulanya pak cik itu menolak, tetapi saya jelaskan bahawa ini adalah solat Jumaat terakhir saya di sini. Akhirnya, dia menerima,” katanya.

 

 

 

 

Suasana bertambah sebak apabila kedua-duanya saling berpelukan sambil diperhatikan jemaah lain yang turut berada di perkarangan masjid.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai di media sosial, malah rata-rata warganet memuji sikap Sharul yang dianggap mencerminkan keperibadian orang Malaysia yang menghargai persaudaraan Islam tanpa mengira sempadan negara.

Seorang pengguna, Cik Lesung Pipit, menyifatkan tindakan itu sebagai amalan sunnah.

“Apa yang adik buat dalam video tu sunnah. Tahniah,” katanya.

Manakala seorang lagi netizen menggunakan nama فضلة pula menegaskan bahawa Rasulullah SAW sendiri mengajar umat Islam supaya bersedekah dengan memberikan sesuatu yang terbaik serta paling disayangi.

"Tahniah dik. Ikut sunnah Rasulullah. Rasulullah dulu ajar kalau nak sedekah, bagi benda yang terbaik dan yang paling kita sayang,” katanya.

Tidak kurang juga, seorang pengguna lain dikenali sebagai kebuntoktok berpendapat pemberian kain samping itu mungkin menjadi asbab penghubung antara Sharul dan warga emas tersebut hingga ke syurga.

“Kain itu mungkin jadi asbab penghubung antara mereka hingga ke Jannah,” tulisnya.

Kisah berkenaan menjadi teladan bahawa sekecil-kecil pemberian yang disertai dengan keikhlasan mampu meninggalkan kesan besar kepada orang lain, sekali gus mencerminkan akhlak mulia yang wajar dicontohi generasi muda Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram