Peluang miliki aset di awan, untung atau rugi labur beli hartanah di tanah tinggi?


  • Bisnes
  • Khamis, 11 Sep 2025

Pemandangan di kawasan Tanah Rata di Cameron Highlands. — The Star

HUTAN hijau subur yang menempatkan pelbagai spesies dan hidupan liar endemik bukan sahaja memberikan prestij ekologi kepada kawasan tanah tinggi di negara ini tetapi juga menarik kedatangan pelancong.

Dewasa ini, kawasan pergunungan juga menarik minat pelabur hartanah yang mementingkan kelestarian dan eksklusiviti.

Genting Highlands merupakan salah satu destinasi tanah tinggi yang boleh dijadikan sebagai model pelaburan menguntungkan dan berdaya tahan.

Berikut kawasan tanah tinggi yang semakin mendapat tempat dalam pasaran hartanah negara.

BACA LAGI: Sistem tadahan air hujan, kitar semula air dobi amalan mampan di sebalik operasi resort lestari

BACA LAGI: ‘Chemistry ngam' Najib dengan isteri, ibu mentua jadi resipi kejayaan Serai Group bertahan 15 tahun

An artist’s impression of Breeze Hill facing an unobstructed view of Resort World Genting.

Genting Highlands berubah menjadi sebuah bandar peranginan bersepadu. — The Star

1. Genting Highlands

Dahulu terkenal dengan kasino, Genting Highlands berubah menjadi sebuah bandar peranginan bersepadu.

Hotel, taman tema tertutup, pusat beli-belah dan ruang konvensyen menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun.

Kadar penginapan pelancong yang tinggi iaitu 96.7 peratus meletakkannya jauh di hadapan destinasi lain seperti Batu Feringghi (58.5 peratus) dan Kota Kinabalu (56.9 peratus).

Keupayaan Genting mengekalkan kadar penginapan tinggi menunjukkan hartanahnya menikmati kuasa harga premium dan daya tahan.

Pasaran hartanah sekitar turut mengukuhkan unjuran tersebut. Laporan menunjukkan Pahang juga menerima jumlah tetamu hotel terbanyak, sekali gus mencerminkan impak Genting terhadap ekosistem hospitaliti negeri itu secara keseluruhan.

Bharat tea plantation in Cameron Highlands is a unique attraction for visitors.— The Star

Ladang teh amat sinonim dengan Cameron Highlands. — The Star

2. Cameron Highlands

Di Pahang juga, Cameron Highlands kekal sebagai destinasi tanah tinggi kegemaran ramai, dengan ladang teh, kebun sayur dan strawberi menjadi simbol ikonik.

Namun, bagi pelabur hartanah, prestasinya lebih sederhana. Data sewaan jangka pendek menunjukkan kadar penginapan purata sekitar 30 peratus, dengan kadar harian purata RM270 dan pendapatan sewa tahunan sebanyak RM31,000.

Berbeza dengan Genting yang mempunyai permintaan stabil sepanjang tahun, permintaan di Cameron bersifat bermusim, dengan lonjakan semasa cuti sekolah tetapi hambar pada hari biasa.

Masalah capaian seperti jalan sempit, kesesakan dan risiko kemalangan akibat sektor industri berat di kawasan berbukit itu membelenggu pelabur.

Bagi mereka, Cameron memiliki daya tarikan warisan dan kehijauan, tetapi memerlukan kesabaran dan kesediaan menerima hasil pulangan yang lebih rendah.

Bukit Fraser popular dalam kalangan pencinta alam. — The Star/ Sam Cheong

3. Bukit Fraser

Destinasi ini menawarkan pendekatan berbeza yang lebih menumpukan ketenangan serta pemuliharaan berbanding pelancongan besar-besaran.

Sejak 2010, pembangunan dihadkan demi melindungi biodiversiti.

Walaupun infrastruktur agak ketinggalan, kawasan ini kekal popular dalam kalangan pemerhati burung dan pencinta alam, menjadikannya pasaran niche yang menitikberatkan eksklusiviti dan keaslian alam sekitar.

Cabaran infrastruktur masih wujud, tetapi reputasinya sebagai lokasi percutian pencinta alam dan pemerhati burung memastikan aliran pengunjung yang stabil walaupun dalam skala kecil.

Bagi pelabur, Bukit Fraser mewakili pasaran niche yang mana eksklusiviti dan keaslian alam semula jadi lebih bernilai daripada pulangan kewangan segera.

Kinabalu Park menerima lebih 600,000 pengunjung dalam setahun.

4. Kinabalu Park

Di Sabah, Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama Malaysia itu menjadi tarikan pendaki dan pencinta alam semula jadi sejak sekian lama.

Pada waktu puncak, destinasi tersebut mencatat lebih 600,000 pengunjung dalam setahun.

Kini, kerajaan Sabah sedang menggandakan usaha mempelbagaikan pelancongan, dengan rancangan seperti safari malam, resort bukit baharu dan inisiatif lain untuk memperluas daya tarikan ekopelancongan.

Bagi pelabur hartanah, ia membuka peluang untuk projek hospitaliti butik dan usaha kelestarian yang boleh memanfaatkan reputasi antarabangsa Kinabalu Park.

Model di sini bukan tentang kuantiti, tetapi eksklusiviti yang menyasarkan pasaran global pelancong yang mementingkan kelestarian.

Secara keseluruhan, kawasan pergunungan mencipta spektrum peluang pelaburan hartanah.

Bagi mereka yang memandang ke hadapan, membuat pelaburan di kawasan tanah tinggi bukan sekadar memiliki sekeping keindahan alam semula jadi.

Ia juga tentang memposisikan diri dalam pasaran hartanah yang terus berkembang, berubah dan mendaki ke tahap baharu. — The Star/ SAMANTHA WONG

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram