
PENYEDIA perkhidmatan perjalanan sehenti antarabangsa terkemuka, Trip.com terus mengutamakan pelanggan dengan pembukaan rasmi Pusat Sokongan Pelanggan Malaysia dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pengurus Besar Trip.com, Stephanie Thong berkata, teknologi AI mencorakkan semula industri perjalanan daripada cadangan dijana AI hingga alat penterjemahan segera.
Berdasarkan minat dan sejarah tempahan pengguna, inovasi teknologi AI mencadangkan destinasi, hotel dan aktiviti kegemaran pelanggan.
BACA LAGI: Pelancong dari Malaysia paling ramai guna tren laju Whoosh hubungkan Jakarta-Bandung
BACA LAGI: Banyak perniagaan di Ipoh tutup awal, ada keperluan tambah aktiviti galak hiburan malam
AI juga sebagai alat terjemahan segera yang memudahkan pelancong berkomunikasi merentasi bahasa berbeza dalam masa nyata.
Menerusi kemajuan teknologi AI, Stephanie yakin Trip.com dapat memacu kecemerlangan perkhidmatan sebenar hasil gabungan kepakaran dan sentuhan manusia dengan inovasi berkenaan.
"Gabungan pendekatan ini dibuktian oleh rangkaian pekhidmatan pelanggan global Trip.com dengan sokongan daripada kira-kira 16,000 wakil perkhidmatan di 16 pusat sokongan di seluruh dunia.
"Rangkaian ini menyediakan sokongan berbilang bahasa 24/7 kepada pelanggan yang mana majoriti panggilan dan perbualan berkaitan penerbangan serta hotel dijawab dalam tempoh 30 saat.
"Infrastruktur bertaraf dunia ini memastikan para pelancong sentiasa mendapat akses kepada sokongan yang boleh dipercayai, cekap dan empatik pada setiap peringkat perjalanan mereka," katanya pada Selasa.
Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Kanan Trip.com Malaysia, Arvin Singh berkata, walaupun automasi meningkatkan kelajuan dan kecekapan, namun Trip.com tidak pernah mengabaikan hubungan antara manusia.
“Sebagai pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, kami mempunyai kepakaran daripada penguasaan bahasa tempatan kepada memahami nuansa budaya yang sangat penting untuk memahami pelanggan dan keperluan
mereka dengan lebih baik.
"Dengan menggabungkan keupayaan ini bersama teknologi terkini, kami dapat menyediakan penyelesaian khusus yang berkesan dan memastikan pelanggan rasa dihargai dan menerima bantuan yang dikehendaki," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram