Banyak perniagaan di Ipoh tutup awal, ada keperluan tambah aktiviti galak hiburan malam


  • Bisnes
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Ipoh semakin popular sebagai destinasi pelancongan menarik di Malaysia. — RONNIE CHIN/The Star

DAYA tarikan pelancongan Ipoh makin berkembang, namun terdapat ruang untuk penambahbaikan daripada beberapa aspek bagi menjadikannya destinasi pilihan utama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak, Loh Sze Yee, mengakui Ipoh masih kekurangan hiburan pada malam hari dan terdapat keperluan untuk menambah aktiviti.

Beliau menjelaskan bahawa tempoh bermalam pelawat berkait rapat dengan aktiviti yang tersedia.

BACA LAGI: Bantuan SARA RM100 jadi modal anak gadis berniaga kek batik indulgence, tiramisu di Bangi

BACA LAGI: Cendol Teochew Penang pikat selera warga Taiwan, cawangan global ke-2 lepas Singapura

Tourist suggest that improvement needed on maintaining old buildings as a few looked quite worn down and it could be occupied if well-kept use.(3rd September 2025)--RONNIE CHIN/The Star

Bangunan kolonial yang usang memiliki daya tarikan tersendiri jika dipulihara dengan baik. — Ronnie Chin/ The Star

“Sekarang, kami bekerjasama dengan pihak industri untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti dan menarik pelancong antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, waktu niaga yang lebih panjang dan volume kunjungan pelancong sangat berkait rapat.

"Kedai-kedai di sini tak boleh beroperasi hingga lewat kalau tiada pengunjung dan begitu juga sebaliknya," kata Loh.

Loh menegaskan perluasan tarikan pelancongan seperti di kawasan Ipoh Old Town dan Ipoh New Town mesti disertai dengan pelan pembangunan yang seimbang.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Taiwan, Paul Hsu, 52, berkongsi bahawa kunjungannya ke bandar bekas lombong bijih timah itu sangat berharga. 

Namun, dia agak kecewa kerana ada restoran yang terlalu awal tutup kerana waktu operasinya pendek.

"Banyak restoran tutup sekitar pukul 3 petang, menyukarkan mereka yang ingin makan lewat," katanya.

The Colonial buildings pose as an attraction in Ipoh.(3rd September 2025)--RONNIE CHIN/The Star

Percutian di Ipoh ibarat kembali ke masa lampau. — Ronnie Chin/ The Star

Tambah Hsu, keadaan beberapa bangunan kolonial juga kelihatan usang seolah-olah tidak dipulihara. 

"Sebahagian bangunan nampak usang, tetapi dengan penjagaan rapi, ia boleh menjadi daya tarikan tersendiri," katanya kepada StarMetro.

Seorang pemandu pelancong tempatan, K. Rajasegaran, 78 berkata, sebenarnya ada restoran yang buka hingga lewat malam.

"Kita perlu pupuk keramahan dan layanan baik agar pelancong terus datang," katanya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung tempatan, Amir Shahmi Akhiruddin, 32, berkata, percutian di Ipoh ibarat kembali ke masa lampau. 

Namun, masih ada sedikit kelemahan dari segi kemudahan, terutamanya tempat letak kereta. 

"Jika ada lebih banyak parkir dan laluan pejalan kaki yang selesa, pengalaman bercuti pasti lebih baik," cadangnya.

Foreign tourist enjoying the peaceful Ipoh atmosphere at Concubine Lane.(3rd September 2025)--RONNIE CHIN/The Star

Ipoh menarik kunjungan pelancong tempatan dan luar negara. RONNIE CHIN/The Star

Loh memberitahu, beberapa inisiatif penting sedang dirancang oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika ini.

Antaranya ialah bas elektrik sebagai langkah memperkukuh komitmen ESG (alam sekitar, sosial, tadbir urus).

Pada masa sama, pembangunan parkir bertingkat di Old Town juga sedang direncana selain membuat reka bentuk semula aliran trafik dan pejalan kaki yang lebih selamat.

Dengan penambahbaikan seperti penjagaan tapak bersejarah, akses yang lebih mesra pengguna, dan aktiviti malam yang menarik, Ipoh bakal mengukuhkan nama sebagai destinasi pelancongan klasik yang relevan dalam era moden. — The Star/ ANNABELLE LAWRENCE & IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram