
TULAR kejadian kereta yang difahamkan membawa sebuah keluarga terbabas sehingga menyebabkannya terbalik sekitar Jalan Gerik-Jeli baru-baru ini.
Dalam rakaman dimuat naik Mohd Halimi di media sosial, insiden dipercayai berlaku selepas salah satu tayar kenderaan itu meletup sebelum menyebabkan pemandu hilang kawalan.
Video berkenaan turut menyaksikan beberapa orang mangsa cuba keluar dari kereta putih berkenaan dengan barangan yang difahamkan bertaburan akibat kemalangan sudah disusun agar tidak mengganggu lalu lintas.
BACA LAGI: [VIDEO] Hanya dengar bunyi berdesing, pemandu lori selisih maut tayar tiba-tiba meletup
BACA LAGI: Mekanik maut, rakan parah akibat tayar jentolak meletup di Sungai Buloh
Bagaimanapun, tiada sebarang laporan dikeluarkan setakat ini yang menjelaskan keadaan mangsa yang terlibat.
Meskipun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian terbabit membuka mata orang ramai agar tidak mengambil ringan mengenai keadaan serta kualiti tayar kenderaan masing-masing.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna jalan raya peka akan hal tersebut bagi mengelakkan insiden sedemikian berlaku sementara ada yang lain baru sahaja menyedari perkara terbabit.
"Saya kalau sudah pemanduan terasa pelik, akan terus ditukar walaupun baru setahun digunakan. Tidak boleh dibiarkan, keselamatan nombor satu. Tetapi, hati-hati lah, malang tak berbau," kata Adam Terapi Urut.
"Saya sendiri pun kadang-kadang berasa risau jika tayar sudah tiga tahun tidak tukar. Kalau cek bunga masih tebal, tetapi apabila dilihat betul-betul, boleh nampak rekahan halus," kata Ahmad Amir Farhan.
"Rajinkanlah diri untuk cek tayar, boleh nampak permukaan tak sekata. Tengok dari tepi memang cantik kerana kebanyakan tayar haus adalah di bahagian dalam terlebih dahulu," kata Mohd Zamzuri Zam.
Isu tayar meletup ketika kenderaan sedang berada di atas jalan raya pernah mengakibatkan kemalangan serius dengan perkongsian orang ramai mengenainya diharapkan mampu membuka mata pengguna atas kepentingan melakukan pemeriksaan kerap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram