SEORANG pemandu lori selisih maut apabila tayar kenderaan berat miliknya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika dia sedang memeriksa keadaan tayar tersebut.
Difahamkan insiden cemas itu berlaku di sebuah jalan raya namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar.
Pada masa sama, mangsa secara kebetulan merakam keadaan tayar tersebut dengan telefon bimbitnya dan video tersebut turut tular di laman media sosial serta aplikasi WhatsApp pada Sabtu.
BACA LAGI: [VIDEO] Terjatuh dalam 'mixer', pekerja kilang hilang kaki dan tangan, kulit kepala tersiat
Dalam video berdurasi lebih seminit berkenaan, mangsa memberitahu bahawa brek tayarnya mengalami kerosakan sebelum tayar hadapan kenderaannya itu meletup.
"Brek jem, tengok berasap. Patut aku bawa rasa berat sahaja lori ini.
"Tayar kiri dan kanan berasap," katanya.
SEORANG pemandu lori mengalami detik cemas apabila tayar kenderaan berat miliknya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika dia sedang memeriksa keadaan tayar tersebut.
Difahamkan insiden malang itu berlaku di sebuah jalan raya namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar. pic.twitter.com/4ww8a2FDtz
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 8, 2024
Mangsa kemudiannya, menendang tayar hadapan sebelah kiri sebelum tayar itu secara tiba-tiba meletup dan rakaman menjadi segelap seketika.
Impak dari letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.
Melalui video yang sama juga, kelihatan lori tersebut dilihat terbakar dan mangsa menceritakan kejadian itu.
"Masa meletup aku hanya dengar bunyi berdesing, luka semua badan," katanya.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mangsa mahupun pihak berkuasa.
Kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya sentiasa memastikan keadaan kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Ini termasuk sistem brek yang merupakan komponen kritikal dalam keselamatan pemanduan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram