Inkues Zara Qairina: Mahkamah koroner benarkan peguam remaja dituduh jadi pihak berkepentingan


  • Kes
  • Rabu, 03 Sep 2025

Mahkamah turut membenarkan KPM menjadi peguam pemerhati dalam proses inkues kes berkenaan.

MAHKAMAH Koroner Kota Kinabalu, Sabah membenarkan permohonan peguam mewakili lima remaja dituduh berhubung kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir, untuk diiktiraf sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian remaja berusia 13 tahun itu.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan yang bersidang sebagai koroner berkata, rekod mahkamah menunjukkan Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan itu.

Amir turut membenarkan permohonan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) untuk menjadi peguam pemerhati dan amicus curiae (sahabat mahkamah).

BACA LAGI:Peguam wakili 5 remaja tidak dibenar ikuti prosiding inkues Zara Qairina

BACA LAGI:[VIDEO] Himpunan Justice for Zara di Tawau dicemari ucapan berbaur hasutan, penganjur dipanggil beri keterangan

Inkues kes Zara Qairina dijalankan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Kementerian Pendidikan (KPM) juga dibenarkan menjadi peguam pemerhati.

Beberapa pihak lain turut diletakkan sebagai pihak berkepentingan, termasuk bapa arwah, Mahathir Mohd Hashin yang tidak mendedahkan diri sepanjang kes berkenaan.

Pasukan peguam yang diketuai Sherzali Asli membuat permohonan untuk terlibat dalam sesi pendengaran ketika permulaan inkues di bawah Amir Shah dengan permohonan tersebut dibuat secara berasingan dengan ibu Zara, Noraidah Lamat.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram