[VIDEO] 'Penyamun di pagi hari', ada lagi warga Singapura selamba isi minyak subsidi di Malaysia


  • Tular
  • Rabu, 27 Ogos 2025

Warga Singapura dilihat mengisi minyak petrol bersubsidi khas untuk rakyat tempatan di Malaysia.

ISU warga asing membeli petrol bersubsidi masih lagi berlaku walaupun mereka tidak sepatutnya menggunakan minyak yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial melihat seorang pemuda dengan selamba menggunakan petrol bersubsidi di salah sebuah stesen minyak di negeri selatan negara.

Dalam rakaman tersebut, pemuda terbabit yang disyaki merupakan warga Singapura mengisi minyak keretanya dengan petrol jenis RON95.

BACA LAGI: [VIDEO] Putrajaya berhantu? Tular rakaman sesi rukyah lepas kecoh dakwaan kelibat wanita berambut panjang

BACA LAGI: Kunjungi kafe tular, pasar karat tanpa tinggal solat, ikhlas.com penuhi gaya kembara Muslim abad ini

Seperti melakukan kegiatan samun di pagi hari, tindakan pemuda itu kemudiannya berjaya menarik perhatian seorang warga tempatan.

Lelaki warga tempatan itu kemudiannya pergi kepadanya dan menegur tindakan tersebut sebelum rakyat Singapura tersebut berlalu pergi.

Tindakan warga tempatan itu didapati berjaya menghalang rakyat Singapura itu menggunakan minyak bersubsidi, namun orang ramai masih berharap pengusaha stesen minyak lebih cakna dengan isu tersebut.

Mereka berharap pengusaha stesen minyak akan kembali menggunakan pelayan (pump attendant) untuk mengelak situasi serupa berlaku.

"Ada kebaikannya jika stesen minyak letakkan staf di luar untuk pantau," komen Roon Ila.

"Pemilik-pemilik stesen minyak perlu mengambil berat dan mengetahui mereka yang mengisi minyak di tempat mereka, jika tidak, kenakan denda yang tinggi untuk kedua-dua pemilik stesen minyak dan pemilik kereta berkaitan," komen Rosli Zakaria. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram