
SEBUAH pesawat jenis MiG-29A milik Angkatan Aeroangkasa Rusia mengalami kerosakan kecil semasa proses pengalihan di Yerevan, Armenia, pada Ahad.
Menurut laporan di Armenia, alat sambungan tali tunda pesawat itu gagal berfungsi kira-kira jam 2:15 pagi waktu tempatan ketika pesawat pejuang itu sedang dipindahkan dari lapangan terbang Erebuni, menyebabkan ia bergolek ke belakang lalu melanggar tiang logam di Jalan Arshakunyats, sebelum melanggar sebuah pagar.
Tiada kecederaan dilaporkan, dan proses pemindahan disambung semula selepas itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi cubaan lari penjara terbesar di benua Afrika, lebih 129 terbunuh
BACA LAGI: [VIDEO] Bermotifkan cemburu, pengurus bank diculik, dibunuh selepas rapat dengan rakan sepejabat
Apa yang menarik perhatian adalah, usaha yang dilakukan oleh pekerja di kawasan tersebut yang sungguh berani dalam menghalang pesawat tersebut daripada terus bergerak.
Pekerja tersebut dengan cuma menggunakan dirinya sendiri, cuba menghalang pesawat itu yang terlepas daripada tali tunda tersebut.
Pesawat tersebut dikeluarkan pada tahun 1989 dan sudahlama dikaitkan dengan pengunduran Rusia dari kawasan Erebuni.
Rekod pemerhati pesawat menunjukkan kerangka udara itu kali terakhir dilihat terbang pada 2022, memberi petunjuk ia mungkin sedang dipindahkan selepas ditamatkan perkhidmatan.
MiG-29A, varian awal daripada pesawat pejuang generasi keempat, sudah beransur-ansur digantikan oleh Rusia dengan pesawat lebih moden seperti MiG-29SMT dan Su-30SM.
Erebuni menempatkan Pangkalan Udara Rusia ke-3624 yang selama beberapa dekad mengoperasikan MiG-29 bersama unit helikopter.
Pesawat yang masih kekal di pangkalan itu adalah antara model asal MiG-29 terakhir yang masih digunakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram