
SELEPAS beberapa hari, bandar Segamat di Johor sekali lagi berdepan gegaran gempa bumi.
Laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran yang berlaku pada 8.59 pagi itu adalah pada magnitud 3.2 - lebih rendah daripada gegaran pertama iaitu 4.1 magnitud.
Gegaran dapat dirasai 18 kilometer dari Segamat dengan selatan Pahang turut merasainya.
BACA LAGI: Gempa bumi landa Segamat di awal pagi, penduduk dinasihat jauhi struktur tak kukuh
BACA LAGI: Semua infrastruktur awam Segamat tak alami kerosakan akibat gempa 4.1 magnitud
"Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 di Johor, Malaysia pada 8:59 pagi, 27 Ogos 2025.
"Pusat gempa bumi terletak pada 2.33°U & 102.79°T dengan kedalaman 10 kilometer, 18 kilometer ke arah Selatan dr Segamat, Johor. Gegaran dirasai di Johor & Selatan Pahang.
"METMalaysia akan terus memantau keadaan ini," kata mereka dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, gegaran yang berlaku pada Ahad tidak menyebabkan sebarang kerosakan kepada infrastruktur awam atau kemalangan jiwa.
Namun terdapat beberapa tempat seperti surau mengalami kerosakan kecil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram