
PENDUDUK di Segamat, Johor berdepan detik cemas apabila berasa gegaran gempa bumi sekuat 4.1 magnitud yang turut dirasai oleh Negeri Sembilan dan Melaka pada Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, gegaran tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan ia terjadi pada kedudukan 5 kilometer ke barat Segamat.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dalam satu kenyataan pada Ahad, menasihatkan orang ramai untuk menjauhi struktur tidak kukuh dan peka arahan pihak berkuasa
BACA LAGI: Dibenarkan fatwa, kubur bertingkat dijangka dilaksanakan 3 tahun lagi
"Pagi ini (Ahad) pada 6.13 pagi, 24 Ogos 2025, telah berlaku satu gegaran gempa bumi lemah di kawasan Segamat, Johor.
"Saya telah berhubung dengan Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat, dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
"Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan. Nasihat saya kepada rakyat, jauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa," katanya.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta laporan kerosakan harta benda belum lagi direkodkan.
MetMalaysia turut memantau rapi situasi di Segamat jika berlaku perkembangan terkini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram