
TREND penyalahgunaan dadah sintetik kini membimbangkan apabila bahan terlarang itu disorok dalam produk harian termasuk rokok elektronik dan pelekat berwarna-warni yang mudah mengelirukan masyarakat.
Perkara itu didedahkan seorang lelaki menerusi video perkongsian ketika melawat pameran anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) baru-baru ini.
Dia menunjukkan dadah jenis d-lysergic diethylamide (LSD) yang dihasilkan dalam bentuk pelekat kecil.
BACA LAGI: Budak taska tiru aksi guna picagari, pernah lihat bapa suntik dadah — AADK
BACA LAGI: Abang Long insaf terbayang wajah ibu makin tua, nekad bantu penagih dadah berubah 360 darjah
Menurutnya, dadah tersebut berbahaya kerana penggunaannya hanya dengan meletakkan pelekat berkenaan di bawah lidah atau pada tapak tangan untuk mencair dan diserap ke dalam badan.
"Saya rasa ibu bapa perlu tahu dan peka dengan dadah baru ini. Bentuknya comel, berwarna-warni seperti pelekat biasa.
"Ibu bapa mungkin tidak sedar ia sebenarnya dadah berbahaya,” katanya.
Trend penyalahgunaan dadah sintetik kini membimbangkan apabila bahan terlarang itu disorok dalam produk harian termasuk rokok elektronik dan pelekat berwarna-warni yang mudah mengelirukan masyarakat. pic.twitter.com/sspb2sVgO5
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) August 26, 2025
LSD tergolong dalam kategori dadah psikedelik halusinogen yang boleh mengubah tahap kesedaran, mencetuskan halusinasi dan mengganggu kawalan diri. Ia turut dikenali sebagai ‘asid’ dan dijual dalam bentuk kertas blot, tablet, kapsul atau cecair.
Menurut AADK, penyalahgunaan LSD secara berulang boleh membawa kesan serius seperti pemikiran bercelaru, kemurungan, panik keterlaluan, denyutan jantung laju, tekanan darah meningkat, mulut kering, hilang selera makan dan tangan menggeletar.
Reka bentuknya yang kecil dan berwarna-warni menyerupai pelekat sebenar menjadikan ia mudah disembunyikan sekali gus meningkatkan risiko penyalahgunaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram