[VIDEO] 'Dulu di KL kini ke Pantai Timur', sindiket pengemis warga asing dikesan menular ke Terengganu


  • Tular
  • Isnin, 25 Ogos 2025

Tangkap layar dua wanita warga asing meminta sedekah sambil membawa anak mereka di salah sebuah lokasi di Terengganu baru-baru ini.

 

 

ISU pengemis warga asing yang menagih simpati di negara ini bukan perkara baharu, malah pelbagai taktik digunakan termasuk berpura-pura cacat dan menjual kisah sedih demi mengaut belas kasihan orang ramai.

Lebih membimbangkan, ada yang sanggup mempergunakan bayi kecil untuk mengutip derma dan kebanykkan daripada mereka ini dipercayai didalangi sindiket terancang.

Jika sebelum ini kebanyakan mereka beroperasi di ibu kota, kini kegiatan itu dilihat mula menular ke negeri lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu beri 'double signal' nampak biasa tapi ada maksud tersendiri, mungkin ada yang tersenyum atau naik angin

BACA LAGI: [VIDEO] Bermotifkan cemburu, pengurus bank diculik, dibunuh selepas rapat dengan rakan sepejabat

Terbaharu, tular satu rakaman video dikongsi pengguna WhatsApp memaparkan dua wanita warga asing meminta sedekah sambil membawa bayi di sebuah lokasi di Terengganu.

Walaupun lokasi tepat tidak dinyatakan, tindakan mereka itu turut menimbulkan keresahan masyarakat setempat.

 

 

 

 

Menurut individu yang berkongsi rakaman tersebut, kedua-dua wanita berkenaan dipercayai diawasi seorang lelaki yang memerhatikan dari jauh.

“Ini saya rasa sindiket. Mereka minta duit kononnya untuk beli susu untuk anak, tapi ada lelaki tunggu tepi pantau keadaan,” katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi pengguna WhatsApp yang lain, termasuk yang mendakwa sindiket terbabit pernah menggunakan taktik sama di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke negeri lain.

“Dah kantoi di KL, lari pula ke Terengganu. Jangan kesian, mereka ni menipu,” katanya.

Untuk makluman, mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, mana-mana warga asing yang didapati mengemis atau menjalankan aktiviti menjaja tanpa permit boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda dan dihantar pulang.

Selain itu, aktiviti mengemis juga menyalahi Seksyen 32 Akta Kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga satu bulan.

Pihak berkuasa digesa meningkatkan pemantauan di kawasan awam bagi membanteras kegiatan sindiket yang menggunakan kanak-kanak untuk meraih simpati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram