Teruja nak beli barang rumah bersama suami, wanita tersilap rupanya SARA hanya boleh digunakan bermula 31 Ogos


  • Tular
  • Sabtu, 23 Ogos 2025

Penghargaan SARA dibuat secara one-off sempena Hari Kebangsaan dan boleh dimanfaatkan sehingga 31 Disember 2025.

KETERUJAAN menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 bertukar detik lucu buat seorang wanita apabila tersilap menyangka bantuan kerajaan itu boleh digunakan serta-merta.

Pengguna Threads, n.fatihafarhana, berkongsi pengalaman mencuit hati itu apabila dia dan suaminya berbelanja sepuas hati di sebuah pasar raya Giant selepas menerima pengesahan bantuan tersebut, namun terkejut apabila pembayaran tidak dapat dilakukan menggunakan kredit SARA.

“Semalam (Khamis) orang hantar pautan MyKasih, kami berdua dapat, alhamdulillah.

BACA LAGI: Penghargaan SARA one-off boleh disemak, ramai terkejut ada baki RM500, tak tahu rupanya layak bantuan bulanan

BACA LAGI: SARA RM100: Beras, minyak masak dan detergen dalam 'list', cek barangan boleh dibeli

"Hari ini (Jumaat) pergi Giant, siap suruh suami ambil barang mahal. Masa bayar, kakak kaunter cakap, ‘Dik, start 31 Ogos yang ni’,” tulisnya sambil menambah emotikon ketawa.

Tambahnya, dia terlalu teruja sehingga tidak menyedari tarikh tersebut kerana kali pertama menerima bantuan sedemikian.

"Sejenis excited (teruja) , padahal sudah baca tapi hanya tengok tarikh akhir penggunaan sehingga Disember 2025. Macam 'tertutup hijab' ke apa," selorohnya.

 

 

Perkongsian tersebut menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata terhibur dengan kisah berkenaan, selain tidak sabar menantikan bantuan kerajaan itu.

Pengguna Threads lain, ozelin_oksel, turut berkongsi pengalaman sama apabila cuba menebus bantuan lebih awal.

“Akak sudah terkena, hahahaha... Rupanya akak tak seorang yang ‘delulu’ (keliru). Pastu akak cashier cakap, ‘jadi cancel ka?’ Eh tak apa... Saya bayar sendiri pakai kad. Rupanya lambat lagi,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, mujahadah_nur, mengakui turut teruja membeli snek sebelum mengetahui bantuan tersebut hanya boleh digunakan hujung bulan ini.

“Hahaha kita sama tapi blur dari dalam WhatsApp lagi. Cakap kat suami, ‘Jom weekend ini nak beli jajan!’ 31hb Ogos la oi, jangan buat kalut. Aduh,” katanya berseloroh.

Untuk makluman, program SARA yang diumumkan kerajaan boleh disemak sejak Khamis lalu melalui portal rasmi sara.gov.my.

Selain golongan B40, program SARA turut memberi manfaat kepada kumpulan M40 dengan matlamat menjadikan bantuan lebih menyeluruh.— Gambar Hiasan/Janaan Ai

Bantuan one-off itu diagihkan secara automatik kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima sedia ada, bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Kredit SARA akan disalurkan ke akaun MyKasih penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya serta premis perniagaan terpilih seluruh negara mulai 31 Ogos ini.

Bantuan tersebut adalah sebahagian usaha kerajaan memastikan sokongan kewangan diagihkan secara bersasar untuk mengurangkan beban kos harian rakyat.

Selain golongan B40, program ini turut memberi manfaat kepada kumpulan M40 dengan matlamat menjadikan bantuan lebih menyeluruh.

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan tersebut untuk membeli barangan seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan keperluan dapur lain di lebih 15,000 premis perniagaan terpilih di seluruh negara.

Kerajaan menjelaskan pelaksanaan SARA adalah sebahagian daripada strategi subsidi bersasar yang diperkenalkan tahun ini, dengan tujuan memastikan rakyat benar-benar menikmati faedah bantuan tanpa mengira latar belakang ekonomi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram