
SEORANG wanita mengalami kecederaan parah selepas ditikam seorang lelaki dipercayai suaminya di Jalan Redan, Kampung Kanchong Darat dekat Banting, Selangor pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira tengah hari itu, suspek yang juga warga asing difahamkan turut melarikan sejumlah wang tunai milik mangsa selepas melakukan serangan tersebut.
Mangsa yang cedera parah diberi rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.
BACA LAGI: [VIDEO] Bermotifkan cemburu, pengurus bank diculik, dibunuh selepas rapat dengan rakan sepejabat
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...