
SEORANG pemuda mendapat balasan segera semasa sedang melakukan perbuatan khianat yang dipercayai di Bukit Katil, Melaka.
Dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, seorang pemuda didapati cuba melakukan perbuatan khianat dengan ingin membakar sebuah kereta yang terletak dekat sebuah rumah.
Pemuda tersebut yang menaiki menunggang motosikal bersendirian, membawa minyak dalam baldi berwarna merah dengan tujuan untuk disimbah kepada kereta tersebut.
Mengikut rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa, pemuda tersebut dilihat menyimbah minyak pada kereta sebelum menghidupkan api untuk membakarnya.
Namun, pemuda tersebut menerima balasan segera apabila tanpa disedari, minyak yang digunakan untuk membakar kereta itu turut terkena pada motosikalnya.
Ia membuatkan motosikalnya turut terbakar saat api dipercikkan kepada minyak untuk membakar kereta tersebut atas tujuan khianat.
Melihat motosikalnya terbakar, pemuda itu kemudiannya melarikan diri dari kawasan kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram