[VIDEO] Pelakon filem popular berniaga 3 jenis nasi berlauk semurah RM5 dekat tepi jalan di Seri Kembangan


  • Tular
  • Sabtu, 23 Ogos 2025

Tangkap layar menunjukkan Taiyuddin menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis nasi berlauk di kawasan CIMB Taman Equine, Seri Kembangan.

TULAR di media sosial apabila seorang pelakon drama dan filem tempatan dilihat menjalankan perniagaan menjual nasi di tepi jalan baru-baru ini.

Individu berkenaan dikenali sebagai Taiyuddin Bakar yang juga merupakan vokalis kumpulan muzik Uncure.

Beliau dikatakan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis nasi berlauk di kawasan Seri Kembangan, Selangor.

BACA LAGI: Kes isteri Rafizi diugut: Polis jejak pemilik nombor telefon berdaftar guna nama warga asing

BACA LAGI: Tular caj RM1,016 sejauh 2.9 km, Grab respons isu gangguan sistem

Perkara itu mula mendapat perhatian selepas pengguna media sosial, Syaza Muaz, berkongsi tentang usaha pelakon itu menerusi satu hantaran di laman Facebook baru-baru ini.

"Pelakon drama dan filem berniaga jual nasi tepi jalan. Jom support perniagaan pelakon Taiyuddin (Apa Celop Toq)," tulis Syaza dalam hantaran tersebut.

Menurut hantaran itu, nasi berlauk yang dijual oleh Taiyuddin ditawarkan pada harga berpatutan, hanya RM5 sebungkus, dengan pilihan lauk seperti ayam kicap, ayam berlado dan bilis petai.

Lokasi gerai Taiyuddin dikatakan terletak berhampiran CIMB Taman Equine menjadikan ia mudah dikunjungi oleh orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Taiyuddin sebelum ini cukup dikenali dengan gelaran ‘Apa Celop Toq’ menerusi lakonannya dalam filem Hantu Bonceng (2011) sekali gus meninggalkan kesan dalam dunia lakonan tanah air.

Tindakannya menceburi bidang perniagaan makanan di jalanan telah meraih pujian warga maya, yang menyifatkannya sebagai usaha gigih dan terpuji dalam mencari rezeki secara jujur serta berdikari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram