
GARA-GARA tidak tahan selepas asyik dikongkong, seorang lelaki dipercayai bertindak mencekik teman wanitanya sehingga mati dalam sebuah kejadian di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
Ketua Polis Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan yang dibuat kira-kira pukul 8.54 malam dengan suspek mengakui melakukan jenayah bunuh.
"Ketika polis tiba di lokasi kejadian, pemilik rumah sewa itu memberitahu suspek dan teman wanitanya menyewa sebuah bilik bersama-sama. Pintu bilik itu pada awalnya berkunci, namun suspek akhirnya membuka pintu," katanya.
BACA LAGI: Lelaki nekad tamatkan riwayat sendiri selepas bakar wanita di Plaza Tol Simpang Renggam
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita dipenjara seumur hidup, zip dan kurung teman lelaki dalam bagasi pakaian hingga mati
Hafiz mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia empat jam sebelum ditemukan pihak berkuasa.
Pemeriksaan dalam bilik menemukan seorang wanita yang terbaring dalam keadaan tidak menyedarkan diri di atas katil dengan pihak perubatan dari Hospital Sungai Buloh mengesahkan mangsa sudah meninggal lebih dari empat jam.
Suspek berusia 47 tahun itu kemudian ditahan di lokasi kejadian.
Difahamkan, lelaki tersebut mencekik mangsa sehingga menyebabkan kematian menggunakan tangannya dengan tindakan itu dipercayai berpunca kerana suspek tertekan akibat dikongkong.
"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 30 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh hadir mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azraai Mohamad di talian 018-9696941," katanya. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram