
POLIS sedang menyiasat satu kes cubaan membunuh dan bunuh diri membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan dalam kejadian ngeri berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam, Kluang, Johor pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi pada 13 Ogos.
Bahrin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.46 pagi, memaklumkan tentang sebuah kereta yang terbakar di lokasi tersebut.
BACA LAGI: 'Diam, jika teruskan... AIDS', Rafizi dedah mesej ugutan diterima isteri
BACA LAGI: Penglibatan pasukan khas JSJ Bukit Aman antara 4 permintaan peguam keluarga Zara Qairina
Suspek dan mangsa kini ditidurkan kerana mengalami kecederaan yang parah.
Katanya, dalam kejadian itu, suspek dikatakan menarik tangan teman wanita berusia 37 tahun keluar dari bas dinaiki lalu menyimbah petrol ke atas mangsa serta ke badannya sendiri.
"Siasatan awal mendapati suspek, lelaki tempatan berusia 44 tahun, telah menarik seorang wanita tempatan berusia 37 tahun keluar dari sebuah bas pekerja sebelum menyimbah petrol ke atas tubuh mangsa dan dirinya sendiri.
"Suspek kemudian menyalakan api dengan pemetik api, menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan melecur yang serius," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang turut berada di lokasi kejadian juga mengalami kecederaan dan ketiga-tiga mereka telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang sekitar pukul 6.00 pagi untuk menerima rawatan.
Difahamkan, suspek dan mangsa kini ditidurkan kerana mengalami kecederaan yang parah.
Laporan polis mengenai insiden itu dibuat oleh pemandu bas pekerja terbabit pada hari yang sama.
Polis mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7766822 (hotline), 07-7784256 atau 014-3656822. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram